No "Sorry-Sorry" kalau kena Gari semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

10:00:00

 Pada hari ini, Ketua Polis Negara, YDH KPN Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador, telah memberi amaran kepada semua individu yang berada di Malaysia, supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restriction of Movement Order , atau bakal mempunyai pengalaman untuk bermalam di penjara. Memetik kenyataan beliau di Radio Televisyen Malaysia (RTM), pihak polis telah menahan 107 pesalah berkaitan melanggar arahan PKP.
 
IGP, DSP Abdul Hamid Bador
Sehingga ke tarikh hari ini, diberitakan sudah 95% daripada jumlah 10,000  yang telah dikemaskini oleh pihak Kementerian , bukanlah 12,500 - 15,000 yang diberitakan sebelum ini sudah menghadiri dan melakukan saringan bagi pengesahan sama ada mereka yang telah hadir ke perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling yang dikhabarkan merupakan kluster dominan gelombang kedua yang dijangkiti wabak CoVid19.

Bos Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Termasuk pada hari ini juga, kematian yang direkodkan kerana wabak ini telah mencapai angka 20. Angka ini adalah amat besar pada negara walaupun Indonesia dilaporkan merekodkan jumlah yang lebih tinggi, namun angka ini dan jumlah rekod kes positif daripada kluster tabligh jelas menggusarkan.
 
Kes positif yang dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa buat beberapa ketika ini dilihat bakal memberi kesan terutama sekali kepada ekonomi dan juga kebajikan rakyat yang masih menunggu pakej ransangan yang diberitakan akan dimaklumkan esok.

You Might Also Like

0 Komen