Bolehkah kita bebas dari PKP, termasuklah info palsu PKP selepas 14 April?

15:02:00

Masuk hari ke lima belas, telah diberitakan bahawa masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan dengan pelbagai perkara yang sememangnya dilihat membahayakan kepada rakyat yang tinggal di kawasan tersebut. Terdapat 1046 sekatan jalan raya dilakukan pada tarikh hari ini (28 Mac 2020 ) , dan masih beribu-ribu kenderaan yang dipenuhi dengan pelbagai pemandu dan kebanyakan nya masih memberikan pelbagai alasan yang tidak memberikan kerjasama terhadap frontliners yang bertugas bagi membendung wabak ini sekaligus membuat pendataran terhadap rekod positif orang terkena jangkitan wabak ini .

Kredit : M-Star

Dengan kedegilan 3% ini, adakah kita mampu untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan  2.0 ini? Saya pasti ramai rakyat kita yang sudah jelik dan muak dengan jenis yang seperti kotoran susah tanggal ini. Perlukah di clorox kan terus? Atau perlukah diumumkan dahulu kerajaan bahawa yang mempunyai rekod ditahan dan dikenakan kesalahan PKP ini supaya tidak menerima insentif yang diberikan kerajaan seperti diumumkan semalam? 
Kebarangkalian kita untuk terus perlu duduk di rumah adalah sangat tinggi jika melihat rekod positif yang terus tidak menentu dan rekod kematian yang masih terus menerus dari sehari ke sehari.

Group WhatsApp pula disajikan dengan pelbagai info tidak sahih dan lebih mengaibkan sanggup menggunakan jata, kepala surat kerajaan bagi memuaskan nafsu kerana terlalu seronok diberikan perhatian info yang diberikan mereka di lalu kan sehingga satu Malaysia.

Hand sanitizer patuh syariah, tidak beralkohol, hand sanitizer yang boleh baiki penyakit lain?

 Bukanlah hendak tunjuk pandai, tapi berpada-padalah dalam cuba menjual hand sanitizer hand made anda. Hentikanlah juga sentimen "Kaum taknak tolong kaum", membuatkan orang serba salah dengan barangan penjualan anda. Hand sanitizer juga sebenarnya perlu dapat notifikasi daripada NPRA dan juga KKM sebelum dijual di Malaysia. Notifikasi nya seperti “lulus KKM”. 

Untuk menyemak sama ada hand sanitizer yang anda beli, bernotifikasi dengan KKM atau tidak, korang boleh menyemak melalui Product Search NPRA .

Tahun lepas punya kes : Saman paling tak logik

Tak cukup ke isu hand sanitizer , muncul pula isu saman PDRM kerana tidak melakukan pemakaian mask ketika keluar bakal dikenakan saman, dan kenderaan yang dinaiki lebih daripada 2 orang juga akan dikenakan tindakan serupa. Kenapa orang orang yang laparkan perhatian sebegini muncul ketika Malaysia memerlukan rakyat nya supaya #KekalTenang di rumah dan menjalani kuarantin dengan keperluan?

Adakah tindakan kerajaan mengenakan hukuman RM 1,000 cukup murah, ditambah pula dengan hukuman penjara setahun, langsung tidak menakutkan? Pertanyaan saya yang masih berada di minda, adakah mereka ini akan terus cuba menakutkan rakyat dengan info info yang sememangnya memutar belit serta menggalakkan panic buying? Tidakkah ini akan menyebabkan lebih ramai terdedah dengan bahaya wabak CoVid19 ini?

Rayuan saya kepada semua yang masih seronok, malah mungkin ketawa melihat ramai terkena jangkitan dan mengakibatkan "cuti ini" berpanjangan, hentikanlah. Berhenti guna media sosial sebagai platfom pembunuhan beramai ramai tanpa sedar anda.

You Might Also Like

0 Komen