Perokok berisiko tinggi menjadi sangat sakit dan mudah terdedah untuk dijangkiti wabak CoVid19?

12:00:00

Masuk hari yang kesembilan, Malaysia merekodkan jumlah kematian sebanyak 20 orang akibat penularan wabak CoVid19 yang semakin berleluasa, dan merekodkan kes positif yang tinggi di kalangan negara Asia Tenggara.

Tahukah korang, golongan yang menghisap rokok, amat berisiko tinggi untuk terkena wabak CoVid19 dan memberi kesakitan yang sangat luar biasa? Ini kerana rokok merosakkan beberapa mekanisma yang menjadi mekanisma pertahanan semula jadi pau-paru !

Hmmmmm. Kredit : Forbes


Walaupun kita semua sedia maklum bahawa CoVid19 mudah untuk dijangkiti, namun risiko untuk penghisap pelbagai jenis rokok sedia ada di pasaran seperti rokok tembakau biasa dan juga perokok jenis elektronik (e-cigarette) seperti vape dikhuatiri akan lebih mudah terdedah kepada wabak ini dan menyebabkan kesakitan yang sangat teruk jika mempunyai simptom seperti kesukaran bernafas.

Merujuk kepada satu kenyataan dibuat Dr. Neal Patel, seorang pulmonologi dan pakar perubatan penjagaan klinikal, cilia iaitu satu komponen di dalam paru paru, membantu untuk menapis virus dan serpihan dan mengeluarkan nya dari paru paru supaya tidak menimbulkan isu.Cilia dilihat sebagai satu daripada pertahanan utama di dalam paru-paru untuk melawan infeksi. Tanpa cilia, perokok bakal terdedah dan ini dilihat sendiri dengan perokok yang kadang-kadang mudah batuk jika terkena demam.

Adalah disyorkan kepada semua perokok di luar sana, mengambil peluang untuk berhenti menghisap rokok ketika masih berpeluang dan belum termasuk di dalam kategori tegar. Layari lah laman web rasmi Infosihat di Tips berhenti merokok .

Sumber berita adalah dipetik daripada WHO, Forbes dan juga Newsnetwork.mayoclinic.org

You Might Also Like

0 Komen