Piala Malaysia ; Wajarkah diteruskan walaupun lambat?

20:30:00

Dengan situasi semasa yang kelihatan membimbangkan, lebih-lebih lagi dilihat sebagai sangat mudah berjangkit di antara kawasan stadium, malah di luar stadium yang dlihat bakal mengundang bahaya kepada semua. Pembatalan dilihat mampu memberi impak samada negatif ataupun positif lebih-lebih lagi kepada pasukan dan pengurusan itu sendiri.

Seperti yang kita faham, hampir 150 buah negara telah dijangkiti oleh penyakit CoVid19 ini dan pembatalan / ataupun tundaan dengan nasihat badan FIFA dan juga dengan berbincang sama dengan MFL dan jawatankuasa kelab. Jika berlanjutan sehingga Jun, pada hemat saya sebaiknya juga piala Malaysia dikorbankan dan melebihkan piala FA.


Sebagai satu acara sukan yang dilihat berprestij di mata rakyat, pengorbanan ini dilihat bakal memberi impak yang baik, dari segi keselamatan terutamanya memandangkan stadium dilihat sebagai satu kawasan terbuka yang berisiko tinggi, dan juga tidak ramai mampu patuh arahan, ditambah dengan pengalaman yang tidak seberapa kita dalam menangani isu ini di dalam skala besar.


Malaysia melawan Vietnam yang bakal ditangguhkan perlawanan akibat kuarantin dan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak memberi sebarang warga negara luar negara masuk ke Malaysia

Pada ketika ini, BOS MFL telah mengeluarkan kenyataan supaya jika CoVid19 ini berterusan, liga akan ditangguhkan sekurang kurang nya hingga Jun 2019, namun tertakluk kepada saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Perlu diingatkan, pada tahun ini, terdapat kelab Malaysia yang berada di dalam Liga Juara-Juara Asia dan juga persiapan skuad negara yang akan berkurangan masa latihan untuk bersedia menghadapi Vietnam sekirannya diadakan dalam keadaan stadium bertutup.

Kelab Johor Darul Ta'zim, naib juara kumpulan G ketika ini.


You Might Also Like

0 Komen