Itaewon Class : Jatuh Rating ketika berada di puncak?

11:30:00

Seperti yang telah diketahui peminat K-Drama, Itaewon Class telah pun melabuhkan tirai nya pada minggu lepas, sehari selepas pengumuman PKP CoVid19 di Malaysia. Sememangnya, drama ini ditunggu-tunggu kesudahan nya kerana jalan cerita nya yang menarik dan kurang memfokuskan jalan cerita cliche seperti kebanyakan drama lain yang telah dipaparkan di kaca televisyen sebelum ini.

Episod pertama dan kedua drama ini dilihat mempunyai rating view yang sama sahaja seperti drama yang lain tetapi

Dari kiri ; Gim Da Mi shi, Park Seo-Joon shi, Yoo Jae-Myung dan Nara shi.

episod ketiga dan keempat melihat kenaikan peratusan yang sangat menggalakkan daripada penonton lebih-lebih lagi dari luar negara. Itaewon Class dimulakan dengan watak yang dipegang oleh Park Seo-Joon (Park Sae-Ro-Yi), yang ketika itu sering dipinggirkan ataupun berpewatakan introvert. Berpindah ke sekolah baharu, dia bertemu dengan watak anak kepada antagonis, Jang Geun Won yang sememangnya terkenal dengan perangai membuli pelajar. Kehadiran Ro-Yi mendatangkan ketidaksenangan kepada Geun Won dan juga bapanya. Ro-Yi yang baru sedar bahawa bapa kepada Geun Won, Jang Dae Hee, pemilik kepada syarikat tempat kerja ayah nya.

Aduh, anak tauke pak aku rupanya.
Ini menyebabkan ayahnya yang juga menyokong keputusan Ro-Yi yang tidak mahu anak majikan nya terus membuli pelajar kerana sekolah tersebut yang menutup mata kerana syarikat tersebut memberi biasiswa kepada pelajar sekolah tersebut, berhenti kerja.

Oh Soo-Ah shi.
Watak Oh Soo-Ah juga muncul ketika timeline ini dimana, Ro-Yi sedar kehadiran Soo-Ah di saat dia hilang kesemuanya, ayah nya dilanggar lari oleh Geun Won, hari pembukaan restoran yang mahu dilakukan oleh ayahnya juga gagal dijalankan. Ro-Yi selepas itu dipenjarakan dan tujuh tahun kemudian selepas pulang dari cuba mencari rezeki di bidang perikanan, Ro-Yi akhirnya berjaya membuka sebuah kafe dinamakan Dan-Bam (malam yang manis), dilihat merujuk kepada rasa minuman alkohol diminum bersama ayahnya.

Watak yang di bawa oleh Kim Da-Mi iaitu Jo Yi-Seo, dilihat memberikan impak yang baik kepada ramai kerana meletakkan cinta dan kerjaya pada kedudukan yang sama demi memberikan keuntungan kepada Ro-Yi dan juga menjayakan kempen Ro-Yi bagi memusnahkan Jangga Co. yang dimiliki oleh keluarga Geun Won dan mengambil alih syarikat tersebut sedikit demi sedikit demi untuk menjatuhkan maruah dan sifat dengki dan pentingkan diri yang berada di dalam jati diri keluarga itu.
 Lari !
Ketika berada di peratusan sangat tinggi di episod 10, rekod ini telah dikhabarkan akan melalui penurunan yang tampak memberikan impak negatif, iaitu hampir 2% dari episod 10. Walaupun Korea dilihat sebagai negara yang membangun, penolakan terhadap isu-isu sensitif di dalam drama dilihat satu perkara yang memainkan peranan di dalam rating view bagi drama di sana.

Lee Joo-Young, sebagai Ma Hyun-Yi


Desas desus yang kedengaran sejak episod 11 bahawa akan ada watak LGBT , yang sememangnya tidak dapat diterima masyarakat baik di Korea mahupun antarabangsa secara am nya, dilihat memberikan tekanan kepada penerimaan pihak produksi dan episod 15 dan 16 (finale) melihat jalan cerita ini memfokuskan lebih kepada kes penculikan watak penting yang berakhir dengan keadaan yang tidak begitu baik kepada antagonis.

Perkara kedua yang dilihat menurunkan rating view bagi Itaewon Class pada ketika cerita ini hampir ke kemuncak ialah watak adik luar nikah Geun Won, Jang Geun Soo. Watak yang konon nya ingin menyebelahi Ro-Yi hingga akhir, telah bertukar kepada separa antagonis tetapi masih menganggap bahawa dendam yang perlu dilakukan nya ialah demi keluarga. 

Watak nya kelihatan agak kosong ketika episod 15 kerana dilihat watak nya tidak dominan dan keliru, dan ada satu momen yang kelihatan "cut" oleh editor agak cepat, yang sepatutnya kelihatan tidak tegang dan memberi peluang bagi penonton untuk ketawa tidak ada. (spoiler)

Nak pi mana ni?

Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan untuk kualiti dan chemistry yang ditunjukkan oleh Park Seo Joon yang sememangnya laku habis dengan tahap lakonan yang berada di tahap yang bagus. Itaewon Class juga adalah drama pertama lakonan beliau selepas tidak beraksi di kaca televisyen selama lebih setahun sejak drama yang terakhir nya "What's Wrong With Secretary Kim" yang juga sangat sukses.

You Might Also Like

0 Komen