Melihat kepada situasi semasa, hinggalah ke tarikh semalam (25 Mac 2020), walaupun telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan pada hari ke lapan PKP dilaksanakan bahawa tahap kepatuhan terhadap perintah ini ialah setinggi 95%, dianggarkan lebih dua juta lagi rakyat yang masih memandang enteng terhadap keputusan ini.Keputusan yang telah dicapai kerajaan bagi menambah bilangan roadblock dan menurunkan anggota Tentera Diraja Malaysia bagi memperkasakan undang-undang dilihat menambah bilangan peratusan. Tetapi persoalanya, mampukah Malaysia sepenuhnya mematuhi dan sekaligus membuka semula kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bekerja / melakukan urusan seharian seperti biasa andai kita gagal di dua minggu yang kedua ini?
![]() |
| Kredit : ProjekMM |
Anggota tentera telah diturunkan untuk membantu pihak PDRM dalam membantu melancarkan usaha kerajaan dalam mendidik serta memberi kesedaran tentang perlu nya rakyat patuh terhadap usaha kerajaan mengurangkan pergerakan di ruang terbuka.

