Malaysia menuju Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 juga akhirnya

14:10:00

Melihat kepada situasi semasa, hinggalah ke tarikh semalam (25 Mac 2020), walaupun telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan pada hari ke lapan PKP dilaksanakan bahawa tahap kepatuhan terhadap perintah ini ialah setinggi 95%, dianggarkan lebih dua juta lagi rakyat yang masih memandang enteng terhadap keputusan ini.Keputusan yang telah dicapai kerajaan bagi menambah bilangan roadblock dan menurunkan anggota Tentera Diraja Malaysia bagi memperkasakan undang-undang dilihat menambah bilangan peratusan. Tetapi persoalanya, mampukah Malaysia sepenuhnya mematuhi dan sekaligus membuka semula kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bekerja / melakukan urusan seharian seperti biasa andai kita gagal di dua minggu yang kedua  ini?

Kredit : ProjekMM
 Anggota tentera telah diturunkan untuk membantu pihak PDRM dalam membantu melancarkan usaha kerajaan dalam mendidik serta memberi kesedaran tentang perlu nya rakyat patuh terhadap usaha kerajaan mengurangkan pergerakan di ruang terbuka.



Dengan peningkatan kes di kawasan yang telah disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai hotspot penularan wabak ini, yang memperlihatkan Selangor sebagai negeri tertinggi kes positif CoVid19. 



Merujuk kepada kenyataan yang dilakukan oleh pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, kemungkinan bahawa PKP bakal berlanjutan lebih lama sehingga dua bulan dari tarikh asal dikuatkuasakan mungkin menjadi kenyaataan jika rakyat terus menerus tidak mematuhi PKP dan mengabaikan garis panduan yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Hari ini juga, keluk positif CoVid19 dilihat adalah titik yang tertinggi, melebihi hari kedua PKP iaitu setinggi 212, dilihat amat meresahkan ramai.



Kredit : Neyra Shazeyra


Sudah sedia maklum, pelbagai perniagaan dan pekerjaan yang sememangnya bergantung kepada jualan harian dan penjualan produk berasaskan makanan dan terutama sekali perniagaan kecil dan sederhana (SME) telah terkesan dengan teruk, ditambah pula dengan pekerja makan gaji hari ataupun secara mingguan. 
Lama nya tak naik Kredit : Media KTMB




Ditambah pula, kekurangan waktu operasi pengangkutan awam yang telah diarahkan, dilihat sebagai satu perkara yang disebabkan oleh kekurangan ketara penumpang kenderaan yang menggunakan kenderaan awam seperti pada hari biasa. 

Walaupun dengan pelbagai usaha yang telah dibuat, saya juga melihat kadar kes positif yang semakin menaik terutama sekali di Selangor, akan menjadi sukar dikekang jika kebanyakan yang tidak mahu mendapatkan rawatan dan terus menerus berpegang dengan perangai pentingkan diri. Apabila PKP diumumkan pada 16 Mac 2020, hampir kesemua yang berada di bandar pulang ke kampung, menganggap PKP, cuti.

Risiko yang terpaksa ditanggung tanpa diketahui pelbagai petugas yang melakukan kontak dengan pesakit yang sudah tahu mereka positif CoVid19, yang saya anggap mereka tidak sedar dan terus panik akan keadaan semasa.

Kredit RTM

Seperti yang diumumkan perdana menteri hari ini, Malaysia akan meneruskan PKP 2.0 hingga 14 April 2020 melihat kepada data positif CoVid19 yang terus menunjukkan peningkatan , dan juga melibatkan kematian 18 rakyat Malaysia keseluruhan dengan seorang yang meninggal di United Kingdom.


You Might Also Like

0 Komen