Diskaun Pembayaran Saman PDRM 50% sempena Hari Polis 2020

14:30:00

Berita gembira ketika PKP bagi rakyat Malaysia yang memiliki saman! Mesti ramai yang menunggu bila agaknya PDRM akan memberikan diskaun untuk kesalahan yang dilakukan dan dikenakan saman, kan?

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan kempen pembayaran secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari bermula 25hb Mac hinggalah 29hb Mac 2020 sempena menyambut hari Polis Diraja Malaysia ke 213.Walau bagaimanapun, saman yang mendapat diskaun adalah mengikut kesalahan yang dikenakan.
Maaf tok, maaf.

Kempen ini dilihat menyambut seruan kerajaan yang melakukan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac yang lalu. Datuk Azisman berkata pembayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal
www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

You Might Also Like

0 Komen