Tahun 2020 bakal tiada bazar ramadhan di hampir semua negeri

11:00:00

Isu wabak yang telah di isytiharkan sebagai pandemik kepada dunia oleh WHO pada Mac lalu memperlihatkan kebanyakan negara yang telah mempunyai bilangan kes individu positif CoVid19 agar melakukan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun darurat dengan menutup dan memerintahkan kesemua acara terbuka supaya tidak dibenarkan untuk dilakukan. Ini bertepatan dengan niat kerajaan untuk mengelakkan lebih banyak jangkitan terjadi di kawasan terbuka yang akan menyebabkan lebih banyak kematian.


Di Malaysia khususnya, acara bazar ramadhan sempena menyambut bulan ramadhan, lebih-lebih lagi dengan jualan murah dan kepelbagaian juadah yang disediakan penjual, bagi memudahkan pembeli semestinya satu perkara yang tidak boleh ditinggalkan. Malang nya, pada tahun ini, bazar ramadhan mungkin satu perkara yang tidak dapat dilihat untuk berada di depan mata.

Telah diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bahawa keputusan untuk membatalkan bazar ramadan ini, untuk menjamin kesihatan rakyat, khususnya di Negeri Sembilan susulan penularan wabak ini.

“Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini sudah hampir dengan Ramadan.

“Mungkin menjelang hari akhir PKP, kes Covid-19 di negara kita sudah menurun tapi kita tidak boleh ambil mudah dengan buka ruang seperti di bazar Ramadan yang membolehkan rakyat dengan mudah terdedah kepada wabak itu semula,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Negeri di sini semalam.







Susulan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar N. Sembilan itu, dilihat kerajaan negeri yang lain bakal mengambil langkah yang sama kerana jika dilihat pada wilayah Wuhan, pergerakan rakyat di wilayah itu , kerajaan China masih melarang pergerakan terbuka biarpun dikatakan sudah tiada kes baharu dilaporkan.

Pada hari ini, 28 Mac 2020, telah disahkan juga bahawa kerajaan Negeri Melaka mengambil tindakan yang sama dengan membekukan permohonan untuk mendapatkan lesen tersebut.

You Might Also Like

0 Komen