Harga Minyak Mentah di kala wabak CoVid19 : Kesan terhadap harga minyak Malaysia
17:38:00
Harga
Petrol bagi minggu ini bermula Sabtu 21 Mac (penulisan hari ini bersama update) menjunam sehingga
hampir 30% setelah harga minyak petrol dunia juga terus menjunam
sehingga memberi impak besar kepada penjualan harga minyak dan
permintaan petrol di seluruh dunia.Merujuk kepada harga dua minggu yang
lalu 7 Mac 2020 hingga 13 Mac 2020, harga RON 95 sudah berada pada harga
di bawah harga biasa iaitu
RM 2.08-2.06 manakala RON 97 dijual pada
harga RM 2.38-RM2.60.
Bermula
pada minggu ini (21-27 Mac) , harga bagi RON 95 adalah yang termurah sejak
diperkenalkan pada tahun 2009 dan lebih murah daripada RON 92 pada tahun
2005. Harga bagi RON 97, juga adalah termurah jika dibandingkan dengan
tahun 2006. (RM1.92) bagi seliter.
Walaupun
dilihat sangat murah, dilihat ini sedikit sebanyak bakal memberi impak
yang negatif terhadap kantung negara ditambah lagi dengan Perintah
Pergerakan Kawalan yang akan menurunkan lagi kadar jualan minyak di
seluruh Malaysia. Kebanyakan harga barangan juga dilihat bakal jatuh
disebabkan oleh harga minyak ini, dilihat bakal mengurangkan kos dari
segi pengangkutan kepada pembekal dan pengilang dalam membekalkan
barangan dalam jangka masa pendek.
Harga minyak global dunia yang dilihat akan makin menurun minggu ini akibat kurangnya permintaan di peringkat global, termasuk di Malaysia yang sedang berhadapan dengan wabak ini, sememangnya dilihat menggusarkan pelabur asing di Malaysia. Jika PKP diteruskan, kelembapan ekonomi dilihat akan terus mencengkam selama hampir sebulan dan mengurangkan lagi kadar permintaan bagi minyak.
Termasuk lah pada hari ini, harga jualan RON95 disahkan bakal dijual pada tarikh bermula sabtu ini pada harga RM1.38 , pengurangan 6 sen dan RON97 juga diturunkan 6 sen sebanyak RM 1.7 4 sen. Diesel juga mengalami penurunan 7 sen kepada RM 1.75 seliter.
0 Komen