Pintu masuk antara negeri Sabah & Sarawak dipendekkan waktu operasi
15:00:00
Melihat kepada penularan wabak yang semakin meruncing, operasi Custom Immigration Quarantine and Security (Kompleks Imigresen Kuarantin dan Keselamatan) Sindumin - Merapok yang menghubungkan di antara kedua dua negeri Sabah & Sarawak telah diarahkan supaya dipendekkan masa operasi nya yang sebelum ini beroperasi dari jam 6 pagi - 12 tengah malam, kepada hanya 14 jam iaitu 6 pagi sehingga 8 malam sahaja. Waktu operasi ini dilihat selaras dengan waktu operasi essential services yang dilakukan di hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia.
Credit : bombasticborneo.com |
Langkah ini dilihat satu perkara positif yang dicapai di antara kedua dua negeri yang sudah merekodkan satu dan dua kematian bagi negeri masing-masing akibat CoVid19.Perkara ini
telah dicapai melalui mesyuarat di antara kedua-dua negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Pusat Perintah COVID-19 Sabah, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan media pada Ahad.
0 Komen