10 kematian CoVid19 dan dijangka terus meningkat. Apa yang kita belum buat?

10:00:00

Berita sedih yang datang ke telinga setiap hari di Malaysia tentang kematian rakyat di sebabkan oleh wabak Coronavirus disease 2019 ataupun secara am nya dikenali sebagai wabak CoVid19. Terbaru, mengikut statistik hari ini, dilaporkan lebih 1000 kes dan 10 kematian termasuk hari ini. 
 
Walaupun seperti dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan) bahawa sudah 90% rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah masuk hari kelima, namun mengapakah masih wujud 10% ini?Isu ini kelihatan sangat sukar ditangani walaupun sudah masuk hari kelima diperintahkan supaya kekal duduk di dalam rumah kecuali jika mempunyai keperluan mendesak. Kempen #StaySafeStayHome yang meniti di layar kaca tv, telefon pintar dan dipromosi sendiri oleh YDP Agong kita dan juga sudah di "bebel" beberapa hari lepas oleh PM yang baru.
Credit : Bernama
Sekali PM membebel haritu riuh sekampung jadinya.

Jadi mengapa, sehingga hari ini, masih ada yang kekal duduk melepak di luar rumah, jika dilihat video video yang tular di media sosial, ibu bapa masih membiarkan anak-anak melepak walaupun sudah tahu ianya salah di sisi undang-undang? Perlu kah sampai kerajaan mengumumkan jika mereka menangkap remaja yang melepak, yang sanggup menggadai nyawa ke taman hanya untuk dating ini, dan pelbagai lagi perlakuan yang tak senonoh ini ketika dikuatkuasakan perintah ini supaya di denda dan dipenjara dengan kesalahan mengganggu penguatkuasaan?

Kenapa masih ada segelintir yang menganggap, bahawa perkara ini hanya remeh? Dari rakyat yang tidak berpendidikan hinggalah ke tahap doktor pakar, kenapa?
 Selagi orang tak mati ramai-ramai takkan rasa bersalah kan?
Sekali dengan kepala kambin hang masuk lokap, kan?
Bini takdak pun, pi lah cari kat tenet, jumpak kawan satgi takdak jumpak,


Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 ini memperuntukkan sesiapa yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang ini akan didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Tapi sayang sama sekali, masyarakat kita memandang amaun dan penjara ini sebagai satu perkara ringan dan boleh mendapat rayuan. Saya, amat berharap kepada semua yang masih belum mematuhi Perintah ini supaya cuba menanam sifat sayangkan diri semua orang berbanding diri sendiri.

Isu yang sangat panas diperkatakan juga sekarang ini ialah sifat "kiasu" yang ada pada diri kita, apakah yang perlu dilakukan dan dimalukan jika anda dijangkiti wabak ini dan tidak memberi tahu langsung kesemua petugas yang berada di barisan hadapan, yang kita sedia maklum bertungkus lumus siang dan malam meninggalkan kesemuanya demi kesihatan dan keselamatan semua? 

Kecuali air suam, saya masih percaya Dr Adham perlu kekal sementara bagi mengetuai Kementerian.
Gara-gara tak jujur, Hospital terpaksa tutup.
 
Persoalan saya sebelum apa-apa ialah kenapa anda, rakyat yang hanya mementingkan diri sendiri masih berada di dalam negara walhal kita sudah memegang kepada rukun negara kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kepada baki yang telah ke perhimpunan Tabligh juga, saya merayu kepada anda yang berbaki lebih kurang 500 orang, dan juga yang telah ke mass gathering di Pulau Pinang seramai 15,000 orang dan juga yang memerlukan rawatan segera berkaitan CoVid19, pergilah ke hospital atau isolasi kan diri selama 14 hari dari menjangkiti lebih ramai orang.

You Might Also Like

0 Komen