Pihak ATM akan dikerahkan bermula Ahad untuk Perintah Kawalan Pergerakan #RestrictionOfMovement

20:25:00

Telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan), Dato' Seri Ismail Yaakob, bahawa bermula daripada Ahad, 22 Mac 2020 jam 12.01 pagi, Angkatan Tentera Malaysia akan ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia dalam memperkasakan Perintah Kawalan Pergerakan kepada orang awam khususnya yang masih berdegil untuk mematuhi perintah yang telah masuk hari ketiga.


Selepas di umumkan semalam (19 Mac) , jika tiada kenaikan daripada peratusan 60% pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan bakal menurunkan tentera untuk bersama dengan Polis Diraja Malaysia bagi memberi keberkesanan terhadap perintah itu.



You Might Also Like

0 Komen