Apa boleh dilakukan semasa dikenakan #ROM #nCoVid19 ?

17:00:00

Assalamualaikum. Sudah setahun lebih tak menulis, jadi saya muncul semula dengan harapan,  
korang semua dilindungi dari terkena jangkitan nCoVid19. Amin.



Jadi macam terkontang kanting kettew bangun bangun lelagi yang tak kerja bukan essential part?
Janganlah risau, kita pun sama *hugs*. Tapi... jangan risau, lagi lagi jika korang tidak ada benda sangat nak dilakukan (bujang), ada banyak perkara bermanfaat yang boleh dilakukan sempena di kuarantin di rumah. Juga macam macam cerita (jika tiada Astro), boleh ditonton melalui smartphone, atleast kena ada smartphone ye.
Jadi saya akan mulakan dengan :

1. Sentiasa memperingatkan kepada keluarga supaya sentiasa menjaga jarak, macam mana korang jaga jarak masa dating (jaga tak??! KAU SEKOLAH KE TAK??! SRP lepas ke tak??!!), macam itu lah jugak kepada keluarga, kawan kawan kita. Kalau pergi beli barang dekat pasaraya, kalau pergi bank, kalau pergi kepsi ke mekdi ke buat take away.
Image result for social distancing
(Kredit : Tom's Guide)

2. Membaca cara cara penggunaan hand sanitizer / hand wash / cara menggunakan sabun yang betul.


Seperti yang telah disertakan bersama, saya rasa semua sudah ramai ambil tahu tentang berguna nya hand sanitizer ini, namun tak semua sedia maklum lagi tentang cara yang betul dan di mana kawasan yang tersimpan bakteria jika tak dicuci dengan betul.

3. Untuk hiburan santai, sepanjang dua minggu ni juga, telah diumumkan oleh PM baru kita, adalah 6 kali supaya kita #DudukDiRumah , jangan kemana mana tanpa keperluan. Dia suruh kita nengok 
Image result for tengoklah hbo ke
Kemain promot ye.

Tapi jadi masalah nya, bila kita ni, Astro pun tak ada, yang hado 
Image result for piring astro masak
yang cenggini je mampu Tan Sri.

Tapi, jangan risau, dengan capaian internet 4G masing-masing yang sememangnya dah banyak pakej pakej murah untuk langganan harian bagi prepaid ataupun postpaid, mesti lah kita nak berpopkon juga kan walaupun takda piring tu.

4. Jika smartphone korang ada Telegram, Twitter, cuba follow Telegram KKM
dan juga akaun Twitter KKMPutrajaya


DRAMA / MOVIE

Antara cerita-cerita best yang sesuai untuk tontonan korang akan saya senaraikan juga di bawah untuk dihabiskan dalam masa dua minggu di kuarantin mahupun yang sedang bekerja tetapi tiada pelanggan dan bos korang baik sebab dia pun nak menengok sama.

1. Itaewon Class. 



Tak dinafikan, Itaewon Class berada di kelas yang tersendiri bagi drama korea pada awal tahun ini. Dilihat bakal memecah rekod rating drama tontonan tertinggi (walaupun rekod pada episod ke 13 jatuh hampir 1.3% akibat pengakuan watak LGBT di bawa Lee Joo-Young), drama yang berkisarkan dendam untuk menjatuhkan satu empayar perniagaan makanan yang besar kerana pelbagai kesalah dilakukan oleh syarikat makanan tersebut dilihat bakal berjaya pada minggu finale nya minggu ini.

2.  Dr. Romantic 2


Image result for Dr. Romantic 2

Sejak nCoVid19 ini juga, drama bertemakan medikal dilihat sangat dekat di hati kipas susah mati k-drama . Romantic Teacher Dr. Kim 2, adalah kesinambungan dari siri pertama nya, ditambah dengan dua gandingan baharu di dalam siri ini. Walaupun telah berakhir pada Februari yang lalu, drama ini dilihat sedikit sebanyak memberi informasi berguna tentang peralatan dan terma yang diguna pakai di dalam pembedahan dan perubatan.

3. Contagion

Image result for contagion

Filem ini dilihat muncul semula dan mula direquest ramai orang, termasuk saya sendiri. Filem ini dilihat sebagai satu jalan cerita yang memperihalkan tentang apa yang tengah jadi dekat Malaysia dan juga di seluruh dunia iaitu virus yang disebabkan oleh manusia yang memakan  makanan yang di infeksi kelawar. Bunyi macam familiar je dekat mana kan?

4. Inhuman Kiss

Image result for Inhuman Kiss

Kepada yang minat terhadap cerita hantu Siam, saya nak suggest cerita Inhuman Kiss.
Ini sebenarnya cerita penanggal versi Siam. Yes, Penanggal..

Image result for clorox
bukan yang ni ek. ni untuk yang kurang bijak.
Cerita bermula bila seorang gadis yang tinggal di sebuah perkampungan yang agak terpencil , (plot cerita ini dalam tahun 1900), telah dikenakan sumpahan Krasue (nama siam dia, kalau dekat Kemboja diorang panggil Ahp, kalau dekat sini kita tahu lah hantu penanggal). Jadi, disebabkan sumpahan tu, setiap malam, dia akan menggila tanpa kawalan, kepala dia berpisah cari darah waktu malam, tapi , tak ada orang pun tahu dia dah terkena sumpahan ni, sampailah satu point yang mana orang kampung mula perasan, banyak ternakan mati.


EXTREME JOB

Image result for extreme job

Dari polis ke tauke kedai ayam goreng popular, bebetul lah lari dari niat. Filem Extreme Job dilihat mempunyai elemen kelakar yang tersendiri dan dilihat sebagai satu jaln cerita plot twist yang adalah macam nak gelak pun ada nak kesian pun ada. Menceritakan satu team polis yang telah dibubarkan, siap dah kena suspend lagi dengan ketua balai, tapi diorang masih mencuba sehabis baik untuk misi yang dilihat terakhir bagi mereka. Yelah, siapa je suka buat kerja setengah masak kan? 






MARVEL TIME

Image result for marvel movie order

Ye betul , ini adalah kerja paling gila nak dilangut sampai dua tiga hari, bayangkan satu movie dua jam, tak termasuk Epic Series yang berjumlah 22 secara total. Nak dekat tiga hari (mustahil korang habis tengok dalam masa 3 hari kecuali lajukan). Kembali dengan trailer terbaru untuk tayangan yang sepatutnya berlangsung 1 Mei ini tetapi ditunda, Black Widow

H/O: Marvel Black Widow movie still
Ye bang, Widow yang ni, bukan yang sebelah rumah ye, bukannnnn
dilihat mampu menarik semula semangat peminat filem Marvel, dan juga dilihat sebagai satu filem yang berada di dalam timeline seawal filem Captain America yang pertama.


Jadi, untuk semua orang Malaysia, diharap, sedikit sebanyak semua yang dah dikuatkuasakan, dipatuhi, dihormati, tak kira lah awak sebesar mana pun pangkat, dari Pengarah & Pengurusan sampai lah ke yang tak kerja tu, yang tak pernah ke mesjid tu, patuhi lah arahan #RestrictionOfMovement negara ini. Kejar duit, nak ke mana, show off dapat keluar, apa dapat selain dari susahkan orang dapat penyakit, awak sebarkan pula kalau positif. Kita duduk diam diam ajalah dekat rumah ye? 


Ucapan terima kasih juga dekat Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertungkus lumus membantu negara kita menangani wabak, lebih lebih lagi frontliner yang sentiasa ada 24 jam.

You Might Also Like

0 Komen