Nokia bakal lancarkan peranti throwback , lagi?

16:58:00

Walaupun dikatakan jenama yang sudah dikategorikan sebagai "kubur kata mari", keghairahan untuk mendapatkan peranti yang terbaru daripada jenama terkenal segala jenis peranti sebelum kedatangan android, Nokia, tampaknya terus menerus mahu menggunakan tema "throwback" sebagai alasan untuk melancarkan peranti baru. Tidak baru sangat sebenarnya. 

Jika korang pernah pegang, nampak, ataupun memiliki sebuah Nokia Xpress Music, anda bukan sahaja sudah berumur lebih kurang 25-30 tahun, korang juga bakal melihat peranti ini dijual semula ke pasaran.
Model lama Nokia 5310
Dikhabarkan bakal menembusi pasaran pada tahun ini, Nokia Xpress Music 5310 ini bakal dilengkapi dengan beberapa teknologi baru tetapi tetap menggunakan beberapa teknologi lama seperti berikut ;

Skrin bersaiz 2.4” QVGA,  dilengkapi dengan keyboard bukan sesentuh seperti model Nokia 3310 yang baharu, walaupun bersaiz sedikit besar daripada peranti yang lama tetapi resolusi skrin nya kekal sahaja sama.


Untuk penyimpanan, Nokia XM5310 yang baharu ini didatangkan juga dengan storan 16 GB (sama macam model Xiaomi Mi3S), dan juga tersedia ruangan untuk slot SD card sebanyak 32GB. Untuk memastikan peranti ini menunjukkan bahawa ia sememangnya Xpress Music yang dahulu, speaker bagi kegunaan mendengar muzik, radio dan juga Bluetooth 3.0 didatangkan bersama.

1,200 MaH adalah kuasa bateri yang dilengkapkan bersama peranti ini dan boleh bertahan sehingga 7.5 jam untuk penggunaan semasa melakukan perbualan dan mampu bertahan sehingga hampir 30 hari.  

Didatangkan dengan colour pattern yang menyerupai model asal : hitam merah / putih merah, peranti ini dilihat mampu menjadi antara peranti kecemasan yang dicari pengguna di dalam lingkungan 30-50 tahun.

Perlu saya tekankan di sini, seperti Xpress Music yang lama, model ini hanya menyokong penggunaan 2G. Peranti ini, adalah yang ketiga sejak Nokia 33sekupang (3310) dan Nokia pisang (8110). 

You Might Also Like

0 Komen