Mengenang Filem Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih : Tak pernah dengar tapi wujud!

10:30:00

22 Mac yang lalu adalah hari kelahiran seorang seniman yang sememangnya dikenali hampir seluruh rakyat Malaysia. Teuku Zakaria ataupun juga dikenali dengan nama Ramli Putih sudah melahirkan pelbagai filem yang bukan sahaja dikenali di Malaysia tapi hampir ke seluruh pelusuk Asia. Selain membikin filem, Allahyarham sememangnya dikenali semasa tahun 1950-1960 an sebagai pencipta lirik, pemuzik dan juga sedia maklum pelakon serta penyanyi. Jika kita throwback mesti selalu kita tengok cerita P Ramlee di saluran TV2 takpun TV1 hampir setiap minggu, ketika musim sekolah lebih-lebih lagi. Cerita popular seperti Laksamana Doremi, Seniman Bujang Lapok ataupun Ibu Mertuaku dan dialog dialog yang seringakli menitip di bibir dan masih basah di minda.

Jika ada yang tertanya sehingga sekarang mengapa Teuku, Teuku merujuk kepada kata asal bagi keturunan hulubalang berketurunan Aceh yang dibawa namanya dari nama ayahnya yang berketurunan hulubalang Aceh (Teuku Nyak Puteh Bin Teuku Karim).


Filem - filem yang telah dihasilkan P Ramlee sememangnya bermanfaat dan mempunyai nilai tersendiri, tapi apakah filem yang sememangnya memberikan impak yang bagus, baik kepada pembikin filem ataupun kepada yang menilai filem?



1. DAJAL SUCHI

Ye, Dajal Suci. Bukan setan, bukan iblis, tapi dajal suci.
Lebih aneh, mengikut fakta, sebenarnya P Ramlee nak namakan filem ini sebagai "Syaitan Ke Syurga". Perlu diingatkan, semasa selepas zaman pemerintahan Jepun, selepas kita diambil alih semula oleh kerajaan British pada tahun 1945 - 1957, Malaysia bukanlah seperti tahun yang telah mengambil model islam arabisasi. Liberal sedikit, jika kita perhatikan dari segi pakaian dalam filem, mahupun yang dirakam melalui rakaman ketika perang dunia.

Seperti kebanyakan filem hitam putih P Ramlee, yang lain, filem ini mempunyai kandungan menegur orang ramai supaya tidak mempercayai bomoh dan sial yang mengandungi elemen khurafat yang tinggi di kalangan orang Melayu pada ketika itu. "Shortcut" yang sering dicari oleh kebanyakan orang iaitu menjadikan pekerjaan tidak halal sebagai menjayakan diri juga adalah elemen penting yang dibawakan oleh P Ramlee. Di dalam filem ini, P Ramlee dan Saloma hanya muncul sebagai penyanyi undangan, manakala watak pelakon utama di dalam filem ini dijayakan oleh seniwati Sophia Ibrahim , seniman Ali Rahman dan Mahmud June yang terkenal sebagai Pak Maon.

Oh ye ke Pak Maon?







2. JANGAN TINGGAL DAKU




Lagu pernah dengar, tapi filem...??

Ke filem yang ke dua iaitu Jangan Tinggal Daku, adalah satu lagi buah tangan P Ramlee di dalam industri perfileman kita. Filem kali ini sememangnya dilihat sebagai satu filem P Ramlee yang mempunyai jalan cerita yang mempunyai plot twist yang baik. Filem yang dibintangi sendiri oleh Allahyarham sebelum menghembuskan nafas terakhir dua tahun selepas itu mengisahkan tentang dua watak, Tahir dan Tahirah,  yang berpisah semasa kecil selepas watak Datuk Mahmod yang dibawa oleh P Ramlee berpindah ke KL atas arahan dan selepas beberapa ketika, Tahirah telah berjaya menjadi seorang peguam. Nasib tidak menyebelahi watak Tahir kerana telah kehilangan ibu nya dan menjadikan Tahir seorang yang terpaksa memilih jalan yang salah dan juga menjadi seorang ketua organisasi yang jahat di KL. Watak Tahir dimainkan oleh Ismail Mahmud manakala Tahirah dilakonkan oleh Noor Azizah.

Allahyarham Ismail Mahmud


3. SITORA HARIMAU JADIAN

Bukan sebarang tora ye. Pun bukan tora-tora


Nama filem ketiga ini lebih unik dan rasa - rasa, amat lah jarang di dengar oleh peminat filem termasuk filem yang bernama seperti ini. Filem Sitora Harimau Jadian telah diedarkan oleh Shaw Brothers pada hujung tahun 1964 dan diarahkan oleh P Ramlee. Sitora Harimau Jadian ialah sebuah filem bergenre drama dan juga seram. Filem ini menceritakan kejadian serangan harimau jadian di Kampung Kiambang di mana filem ini  menyentuh perihal kepercayaan tahyul yang masih berlegar dalam masyarakat Melayu ketika itu (seperti filem pertama di tajuk atas)  . Dilakonkan oleh P. Ramlee sendiri selain Mahmud June (Yeay Pak Maon lagi) , Rosmawati, Ali Rahman, Minah Hashim dan Fazliyaton. Filem ini sebenarnya dikatakan telah hilang! Betul-betul kerana mengikut kisah yang diberitahu oleh sumber-sumber dari internet, pemilik hak cipta filem telah membuang soft copy filem kerana filem ini telah dihentam hebat oleh masyarakat pelbagai, ditambah pula dengan kekurangan tenaga kerja . (mungkin macam filem terlebih masak macam Guardian)

Nanti kita cerita filem paling tak best di abad ini ye
4. DR. RUSHDI


Filem yang bercirikan ke arah western dan mengikut hampir sama seperti novel Alfred Hitchock. Kejap nak kenang masa kecil dulu. Filem ini dilihat sangat taboo pada masa itu iaitu lebih kurang 1970 dan dilihat dikritik kerana melihat etika dan nilai kemelayuan ditolak sama sekali di dalam filem ini. Filem ini mengisahkan tentang dahaganya sang isteri terhadap belaian sang suami yang sentiasa sibuk akibat kerja nya sebagai seorang doktor. Tetapi, kasih sayang terlarang tersebut tidak berpanjangan selepas "kantoi" dan isteri doktor tersebut diceraikan.
Siapa ingat pernah baca novel ni dulu kita geng!

Watak lelaki jongos dan juga story line tentang penipuan insuran yang amat berjumlah besar ketika itu yang gagal dilakukan memperlihatkan watak yang agak moden, memandangkan hampir kesemua filem yang diarahkan oleh P Ramlee sebelum ini lebih kepada umum dan berlatar belakang kan cerita rakyat.

Menginjak 47 tahun sempena pemergian Allahyarham yang meninggalkan pelbagai buah tangan yang pelbagai, dari lagu hinggalah ke filem yang membawa beliau ke pelbagai pengiktirafan luar negara, pastinya memperlihatkan kepelbagaian pendapat dan membentuk nilai-nilai yang khususnya kita sebagai seorang rakyat Malaysia, akan apa yang perlu dicontohi.


You Might Also Like

0 Komen