Boleh kah saya menderma darah ketika Perintah Kawalan Pergerakan?

13:33:00

Kredit : Penang Travel Tips

Ketika wabak CoVid19 yang masih tidak menentu, semestinya hampir semua aktiviti perniagaan dan pelbagai agensi tidak berkaitan dengan keperluan ditutup pada ketika ini atas dasar kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Ini menyebabkan pergerakan rakyat dari satu kawasan ke kawasan yang lain dibataskan jika tiada keperluan mendesak. Tahukah anda, tabung darah hampir di kesemua hospital berada pada tahap yang kurang? Tapi, yang pasti, ramai akan bertanya, boleh kah korang keluar ke Pusat Darah Negara ataupun pusat kutipan darah negeri / cawangan ketika PKP dijalankan?

Jawapan nya sudah pasti ya! Anda digalakkan untuk menderma darah jika sudah cukup syarat yang diperlukan.


Tapi bagaimanakah cara nya untuk korang menderma darah menggunakan saluran yang betul supaya tidak ditahan dan diarah balik? SEBELUM TU ! Minta sangat korang jawab soalan saringan ini sejujurnya. Klik link yang disertakan di sini dan jawab semua soalan. Borang Soal Selidik Ringkas Pusat Darah Negara    .

Soalan ini bertujuan untuk menapis bakal penderma yang mungkin tak menepati kriteria yang dibenarkan. Sekiranya sesuai sebagai penderma, korang bolehlah mula merancang untuk ke mana-mana pusat kutipan darah yang tertera di bawah:

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin : Tutup
Selasa – Jumaat : 10.00 pagi hingga 7.00 petang
Sabtu & Ahad : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

3. Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3 (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

4. Tabung tabung darah berdekatan.

Untuk memudahkan perjalanan korang masa nak ke pusat kutipan darah, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, Pusat Darah Negara juga meminta bakalpenderma untuk bawa buku merah jangan lupa bawa, eh Buku Penderma Darah yang kecil tu.Kalau takda, boleh juga bawa slip bercetak ya.

Link bagi pendermaan darah semasa PKP
1) https://forms.gle/zcU8TgVGNG6Mcfz98
2) https://forms.gle/HWzQrJsmb8bg943d8
3) https://forms.gle/MYyuT49q7dncEPoQ9
4) https://forms.gle/gG69a337vRD7YcPn9
5) https://forms.gle/244kmznZAf2oDGDb9
6) https://forms.gle/ukFrWjr6prRhcUH99


Pada hari ini juga, saya berkesempatan ke Pusat Darah Negara pada tengahari dan dilayan dengan baik oleh staf staf Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak. Pendaftaran tidak mengambil masa panjang dan kelihatan ada sebilangan kecil warga kota yang ambil kesempatan sempena tidak bekerja pada hari minggu untuk menderma darah.

Sebelum masuk, bakal penderma akan disaring terlebih dahulu dengan mengesan suhu badan dan menggunakan hand sanitizer  untuk mengelakkan terkena bakteria semasa berada di dalam kawasan pusat darah negara. Oleh kerana Pusat Darah Negara bukanlah jenis pusat yang menempatkan pesakit, pada saya dan juga telah diberikan jaminan bahawa ianya selamat untuk dikunjungi ketika wabak CoVid19 melanda negara ini.

Selepas saringan, penderma diperlukan untuk mengisi soalan saringan berkaitan kesihatan dan juga soalan penting untuk memastikan kesihatan penderma. Seorang MO juga akan memeriksa tahap kesihatan korang sebelum meneruskan ke bilik pendermaan darah. Tidak sampai sejam, saya juga dihidangkan dengan makanan yang memberi tenaga sebelum bergerak pulang ke rumah.

Okay dah? Kalau rasa nak tunggu selepas PKP pun masih tak ada masalah, jadilah penderma yang bijak dan membantu ketika diperlukan okay?

You Might Also Like

0 Komen