#Nthroom Apakah NTHRoom dan kenapa ia trending di Korea tatkala wabak CoVid19?
10:00:00
Tatkala wabak CoVid19 melanda, beberapa minggu yang lalu, trending di platfom media sosial tentang #nthroom. Apa benda #nthroom ini dan kenapa?
Kredit : Video DKDKTV Youtube |
Kalau dulu, kita ada Kampung Chat lah, MSN Messenger, Yahoo! Messenger, tapi bila dah sampai ke tahun 2020 ni, semestinya pelbagai aplikasi perhubungan seperti WhatsApp, KakaoTalk, Telegram dan juga aplikasi lain yang popular di kalangan pengguna telefon pintar.
Apa kena mengena benda benda ni dengan #nthroom pulak?
Sebelum kita pergi lebih lanjut, ini adalah informasi tentang #nthroom. #nthroom ialah kes jenayah seksual digital yang berlaku paling besar di dalam tahun 2018 - 2020 yang terjadi di Korea Selatan. (karang marah pulak Korea Utara) .
Kes ini dikatakan dilakukan oleh beberapa individu yang membuat pengongsian gambar dan video lucah menggunakan group telegram yang dinamakan #nthroom tetapi, pada akhirnya, pihak berkuasa Korea Selatan berjaya menangkap individu-individu ini, yang sebenarnya hanya menggunakan beberapa identiti tetapi mereka merupakan orang yang sama! Tambahan pula, dikatakan hampir 260 ribu orang pengguna lelaki di sana telah terlibat dalam penyerahan barang untuk dikongsi, termasuklah bahan menggunakan gadis - gadis di bawah umur. Jika di Malaysia, gempar dengan penggunaan Tumblr tidak lama dahulu yang berkongsi gambar-gambar lucah yang memaksa Tumblr menutup operasi nya kepada pengguna yang mahu meletakkan pos yang kotor dan lucah kerana dikatakan pengguna nya yang kekal aktif meletakkan posting bersih hanya di dalam lingkungan 10~15% sahaja.
Antara screenshot yang menjadi bahan utama bukti aplikasi tersebut di salah gunakan. |
Dikatakan bahawa mangsa-mangsa yang terlibat dengan penyebaran gambar dan video ini juga telah diberi amaran agar tidak melaporkan mereka kepada pihak berkuasa sehingga tahap mengugut untuk mencederakan mereka secara seksual dan secara sadis.
Bilik ini bukanlah calang-calang dan dibenarkan untuk diberikan akses kerana, lelaki-lelaki yang terbabit ini dikenakan bayaran sebanyak USD 1,700 / 2 juta won lebih / lebih kurang harga sebiji LC135 dekat sini. Jubin Cho, salah seorang dari moderator "Baksa Room" yang sememangnya berkait rapat dengan #nthroom ni, telah pun dikenal pasti semasa 23 Mac haritu. Tapi pengendali utama bilik nthroom ini masih berada di luar jangkauan polis dan polis masih cuba mencari pengendali penjahat siber ini.
Sehingga ke tarikh ini, dianggarkan #nthroom telah menerima pembayaran sekurang-kurangnya dari 10,000 orang pengguna, dan pembayaran yang dibenarkan hanyalah dengan cara crypto-currency. Hampir dua juta rakyat Korea Selatan telah menandatangani petition bagi memberitahu negara tentang identiti pengguna yang telah membuat perkongsian bahan kotor tersebut di dalam aplikasi itu dan telah juga meminta Telegram untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi kes ini.
0 Komen