Harga
Petrol bagi minggu ini bermula Sabtu 21 Mac (penulisan hari ini bersama update) menjunam sehingga
hampir 30% setelah harga minyak petrol dunia juga terus menjunam
sehingga memberi impak besar kepada penjualan harga minyak dan
permintaan petrol di seluruh dunia.Merujuk kepada harga dua minggu yang
lalu 7 Mac 2020 hingga 13 Mac 2020, harga RON 95 sudah berada pada harga
di bawah harga biasa iaitu
RM 2.08-2.06 manakala RON 97 dijual pada
harga RM 2.38-RM2.60.
Bermula
pada minggu ini (21-27 Mac) , harga bagi RON 95 adalah yang termurah sejak
diperkenalkan pada tahun 2009 dan lebih murah daripada RON 92 pada tahun
2005. Harga bagi RON 97, juga adalah termurah jika dibandingkan dengan
tahun 2006. (RM1.92) bagi seliter.