Hari Terbuka Pusat Pembelajaran Putrajaya 2019

19:00:00

Assalamualaikum semua ! 
Tahun 2019 sememangnya dipenuhi dengan pelbagai acara yang menyeronokkan terutama sekali untuk menghiburkan si cilik mahupun yang dewasa. Pada tahun ini, Pusat Pembelajaran Putrajaya bersama dengan Perbadanan Putrajaya kembali lagi dengan Hari Terbuka Pusat Pembelajaran Putrajaya. Seperti tahun yang sebelum nya, pelbagai aktiviti

yang telah tersedia termasuklah kehadiran maskot feveret anak-anak anda Didi N Friends!!

Acara yang akan bermula pada hari sabtu (19 Oktober 2019) pada jam 8.30 pagi ini akan diselitkan dengan pelbagai acara menarik untuk anda seisi keluarga termasuklah ;

• Pertandingan Bercerita  
• Junior Reading Competition    
• Pertandingan Beyblade 
• Kaunter Khidmat Pelanggan
• Pertandingan Teka Muka Surat Buku
• Ekspo Jualan Buku dan Pameran
• PPK "GO"    

Pada keesokan harinya pula pada hari ahad nya pula, acara-acara seperti pertandingan mewarna, pertandingan mereka bentuk blok dan diserikan lagi dengan kehadiran maskot pada sebelah petang bakal mengisi waktu lapang anda semua. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Perpustakaan Perbadanan Putrajaya . Jumpa anda di sana!

You Might Also Like

0 Komen