BoboiBoy The Movie 2 : SAMA DENGAN AVENGERS?! Tak lah!

10:30:00

Assalamualaikum semua!
Rasanya mesti dah ramai dah tengok BoboiBoy punya cerita yang nombor dua ni kan. Benda pertama yang saya nak cakap, TAHNIAH! Tahniah dekat team produksi Animonsta Studios sebab berjaya memecah panggung pada hari pertama pembukaan dengan kadar kutipan hampir RM 1.2 juta ringgit!
Image result for boboiboy 2

Tapi, ramai yang masih bertanya, berapa lamakah filem ini diambil masa untuk dihasilkan dan benarkah storyline yang diguna pakai oleh Pengarah , mempunyai kesamaan 
dengan filem filem antarabangsa yang telah pun diterbitkan sebelum ini seperti Avengers 2, Avengers 3 dan juga dan juga filem animasi seperti How To Train A Dragon?

Seperti yang kita semua sedia maklum, filem animasi yang menelan belanja sekitar RM7 juta ini telah melancarkan video pratonton nya pada bulan Jun 2019. Memilih tarikh ONG sebagai hari pelancaran Image result for boboiboy 2

filem animasi ini sememangnya mempunyai story line yang cukup mantap. 


Dimulakan dengan memperkenalkan watak jahat Retak'Ka dan seorang lagi watak, design 3D yang sememangnya berjaya menampilkan kejahatan nya, watak ini dilihat sangat berkesan ditambah pula dengan pelakon suaranya yang menggunakan bahasa baku sepanjang filem ini memperkasakan lagi watak tersebut. Ada sebilangan netizen menyatakan bahawa watak ini jika dijadikan sebagai watak dalam Avengers, rasanya adalah saing-saing dengan Thanos.
Image result for Retak'Ka Thanos
Alah gigi comel nya!

TAPI, berlainan dengan kisah si Thanos and Co., watak Retak'ka tidak didatangkan dengan konco konco percuma. Sebagai watak yang sememangnya bepengalaman berseorangan, watak nya tidak akan dibayangi watak Thanos secara langsung. 

Watak utama iaitu Boboiboy pula sememangnya dikenali dengan watak yang mempunyai kuasa elemental.Kuasa kuasa elemental yang boleh dirujuk melalui laman sesawang fandom Boboiboy menyatakan bahawa elemen Petir, Angin, Api, Air, Daun, Tanah dan Cahaya adalah telah menjadi milik BoboiBoy dan dipamerkan kegunaan nya oleh watak utama filem ini. 
Image result for boboiboy 2 kuasa elemental
BoboiBoy kuasa......Em tak boleh sebut nanti jadi spoiler

Selingan watak Papa Zola dan rakan-rakan BoboiBoy yang banyak muncul di dalam trailer 3 bulan sebelum filem ini berada di panggung wayang tampak memberikan sedikit tips kenapa mereka berada di luar angkasa.


 Dibandingkan dengan filem yang dikeluarkan oleh Walt Disney iaitu How To Train A Dragon ataupun yang lebih bertemakan siber seperti Big Cyber 6 mahupun Ralph : Break The Internet, filem ini ternyata memberikan satu kepuasan yang tersendiri di mana ia memperlihatkan bahawa hasil orang tempatan mampu pergi jauh tanpa perlu mengambil "sample" orang luar . 

Filem ini ternyata luar biasa sambutan nya pada kali ini lebih-lebih lagi oleh orang Malaysia yang sememangnya menunjukkan sambutan yang sangat kuat terhadap hasil seni ini kerana mengikut maklumat, filem ini sudah hampir mencecah RM 21 juta kutipan pada hari ini dan ternyata memecahkan rekod kutipan filem BoboiBoy yang pertama sebanyak RM 15.7 juta. Diberitakan juga bahawa filem ini akan menjadi filem blockbuster di beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan juga Vietnam (dilancarkan lebih lambat untuk proses dubbing  pada 30 Ogos). Diharapkan filem ini akan terus sukses dan sememangnya berjaya. 


You Might Also Like

0 Komen