Karnival Merdeka 2019 oleh Wanita PERKIM Cawangan An Nidaa'

10:30:00

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !
Seperti ramai yang sudah sedia maklum, bulan Agustus sememangnya dinanti-nanti kan oleh seluruh rakyat Malaysia. Pada setiap tahun, pada tarikh 31 haribulan, tarikh ini akan sentiasa diperingat, diingat dan disemat ke dalam jiwa rakyat Malaysia sebagai tarikh bahawa kita bebas dari cengkaman penjajahan kerajaan British. Ini menandakan kita bebas bergerak, bebas dari segala anasir yang dilihat mencengkam diri kita dan menghalang kita dari terus meneruskan kehidupan yang bebas di tanah air kita. Sempena meraikan kemerdekaan ini dan memeriahkan sambutan nya, Wanita PERKIM Cawangan An Nidaa' akan

mengadakan satu Karnival Merdeka 2019 ! Acara yang akan mengambil tempat di Kelab Tasik Putrajaya Presint 8 ini sememangnya menjanjikan pelbagai acara yang menarik sesuai untuk semua golongan masyarakat. 

Karnival sehari ini akan diceriakan dengan Larian Merdeka Komuniti Putrajaya yang telah diatur oleh Kelab Komuniti Prihatin Putrajaya, dan perkara berkaitan kesihatan dan motivasi yang disediakan oleh agensi kerajaan (Hospital Putrajaya , Hospital Serdang) dan juga pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN.



Untuk pelbagai maklumat lanjut, boleh terus ke laman Facebook Wanita Perkim Cawangan An-Nidaa'

You Might Also Like

0 Komen