Polis Evo 2 : Jauh dari mata, tidak tahu di hati.
19:23:00
"Ada yang kita lepas, Ada yang kita simpan ". Dialog oleh Inspektor Khai sememangnya masih segar di dalam kepala diucapkan seusai klimaks naskhah kedua Polis Evo.
Tapi sebenarnya, sebelum dilancarkan sebulan sebelum , kita diberitakan oleh beberapa portal
(malas nak sebut) tentang, filem ini menghina kesucian agama Islam secara total?!
Like WOW, serius lah. Takkan pelakon pelakon semua tak alert langsung?! Plus cerita ni negara tiga serangkai hantar wakil berlakon cerita ni!
(Memang kena kredit adibalexx ni )
Sebelum pembaca semua lebih triggered, kita kenalah ice breaking dengan Polis Evo 2. Tak kenal maka tak cinta kan?
Penerbit yang sama dari Polis Evo 1 : Astro Shaw
Digarap oleh Pengarah : Joel Soh, Andre Chiew (menggantikan tempat pengarah tempatan popular, Ghaz Abu Bakar (Polis Evo 1 )
Pelakon : Malaysia : Zizan Razak, Shaheizy Sam, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip, Hairul Azreen
Pelakon : Malaysia : Zizan Razak, Shaheizy Sam, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip, Hairul Azreen
Singapura & Indonesia :Jeff Catz, Fir Rahman, Hasnul Rahmat, Mike Lucock, Tanta Ginting, , Raline Shah.
Cerita bermula apabila terdapatnya kes penyuludupan berkaitan dadah dalam jumlah yang besar, tetapi ternyata, dadah di dalam kisah ini bukan main point bagi keseluruhan kisah Polis Evo 2. Masalah bermula apabila tikus yang dihantar pihak POLRI mempunyai perangkap yang tersendiri lantas membawa Inspektor Khai dan Inspektor Sani kepada penemuan suatu kumpulan yang tidak diduga sama sekali di kepulauan yang mereka pergi atas arahan untuk intipan.
"Ada yang kita lepas, Ada yang kita simpan ". Dialog oleh Inspektor Khai sememangnya masih segar di dalam kepala diucapkan seusai klimaks naskhah kedua Polis Evo.
Kredit : mStar.
Dari kiri " boh mung dop mau lap darah tu?"
Kredit : mStar.
Kredit : Beautifulnara
Hasnul Rahmat (Hafsyam Jauhari/Saif) dengan jaya nya membawa watak kepala "penunggang agama", walaupun pada hemah selaku yang sudah menonton, pasti lebih banyak dialog telah ditapis lembaga perfileman kita untuk menyesuaikan ia ditonton oleh yang berumur dua tiga tahun (siapa lah yang bawak baby tengok cerita ni tadi, merengek lepastu tak reti nak keluar). Anehnya, kita boleh terima ada watak Abuja sebab dibuat melayu tapi tak boleh terima kalau kaum lain buat?
Berbalik kepada elemen "Penunggang Agama" walaupun mempunyai pendidikan tinggi, mungkin ini adalah teras kepada watak yang mungkin sudah dikaji pengarah, ramai sedia maklum, ada yang sudah pergi berjuang di samping ISIS, kumpulan pemisah, pengganas di Gerik yang sudah diketahui umum, tidak boleh diperjuangkan kerana mereka tidak memperjuangkan agama tetapi hanya menggunakan nama dan kalimah tetapi melakukan perkara di luar batasan. Secara am nya, penonton yang belum menonton, selepas menonton pasti faham, kebenaran yang diselitkan.
Raline Shah
Raline Shah , dari Syurga Yang Tak Dirindukan (2) kepada yang dirindukan. EH?
Watak Raline (Rian) sebagai "seekor" tikus POLRI kepada hampir menjadi buruan POLRI & Interpol, sememangnya dilihat sangat berkesan dan wataknya beraksi di medan tempur sememangnya harus diberikan satu pujian kerana membawa elemen "betina" juga boleh menjadi polis dan sebaris dengan anggota lelaki. (merujuk kepada dialog Hafsyam )
Boleh ke kalau dari Paskal tukar kerja jadi Special Ops Cops?
Untuk sinematografi, penggunaan bahan letupan, slow-mo kemas terhadap penggunaan senjata yang digunakan sangat membanggakan. Boleh dilihat, keseimbangan watak yang membawa watak di tempat tempat aksi letupan sangat mengagumkan.
Secara keseluruhan nya, boleh diperkatakan bahawa, kisah ini kelihatan seperti The Spartan ( 300 Spartan ) cuma, jumlahnya dikecilkan kepada 7 orang Polis yang mencuba sehabis baik menyelematkan tebusan dari pengganas, yang membuatkan penonton dapat memahami sendiri usaha PDRM yang senantiasa menyediakan keamanan kepada rakyat walaupun terpaksa berkorban nyawa bagi rakyat. Membawa mesej, sahabat susah mati, tidak boleh dicari, walau diganti seribu.
0 Komen