On Your Wedding Day : Sediakan tisu cepat!

11:22:00

Mungkin ada ramai di antara kita yang melalui kehidupan bercinta masa sekolah, atau lebih sesuai jika dikatakan "cinta monyet". Berapa ramai yang berakhir di jinjang pelamin?
Pasti tak ramai kan? "On Your Wedding Day" nampaknya berjaya mengembalikan semula ramai penonton yang menonton untuk mengingati semula kisah cinta lama di sekolah.

Poster "On Your Wedding Day".

Neoui Gyeolhonsik (disebut do/nol kyolhonsik) ataupun Perkahwinan Awak di dalam bahasa melayu, adalah secara ringkas sebuah kisah segar (dikeluarkan 2018) mengisahkan tentang 
dua remaja yang bertukar sekolah. Woo-Yeon dan Seung-Hee. Bertemu di dalam bilik guru dalam keadaan yang agak memalukan sememangnya sangat manis jika dikenang, lebih lebih lagi jika orang yang membuat kita jatuh cinta pada pandang pertama.

Kisah ini ditulis sendiri oleh Pengarah cerita ini oleh Lee Seuk-Gun, yang juga mengarah bagi cerita pecah panggung, The Bros dan The Outlaws. Diterbitkan oleh Cha Sang-Min, Kim Jung-Min, Kang Hye-Jung, filem ini dibintangi oleh bintang terkenal , Park BoYoung dan juga Kim Young-Kwang. Kedua dua pelakon ini sememangnya dikenali dan juga pernah membintangi "Hot Young Blood" pada 2015 sebelum BoYoung berehat sementara dari dunia lakonan kerana masalah kesihatan. Filem ini telah mencapai kutipan sebanyak hampir US22 juta dolar secara keseluruhan dan dilihat telah berjaya memecahkan memecahkan rekod kutipan harian bagi filem di Korea US$794,127 bagi kutipan hari pertama.


Hasil carian imej untuk park bo young your wedding

Cerita di bangku sekolah dan bercinta sememangnya tidak diragukan sebagai satu elemen yang cukup menarik penonton yang melihat kisah ini sebagai kisah yang tidak boleh dilupakan. Bo Young dilihat berjaya menghidupkan watak Seung-Hee yang bersifat keras dan tidak terlalu melayan lelaki yang mahu mencuba menjadikan dirinya sebagai teman wanita. 

Ditambah pula dengan watak Woo-Yeon bawaan Young Kwang, lelaki yang tidak matang semasa di sekolah, suka bergaduh, dan tidak bergaul dengan orang yang suka membuli ketika dia masuk pada semester pertama sekolah, wataknya dilihat sebagai satu inspirasi bagi lelaki yang tidak pernah putus asa bagi merebut kembali cinta lama di sekolah.

Hasil carian imej untuk park bo young your wedding scene
(Masa tengok, semua berharap macam ni jadi...)

Tapi, cinta kalau dikejar, kalau bukan takdir yang telah menentukan bahawa cinta selama sepuluh tahun sekalipun, belum tentu berakhir dengan perkahwinan. 

Dari segi senimatografi, sememangnya elemen orang dulu-dulu seperti "kong sekolah sama sama" ( ponteng sekolah ) memainkan peranan penting. Boleh dilihat, lokasi lokasi yang dipilih bersesuaian dengan yang boleh diimiginasikan dalam fikiran penonton.  Antara babak kegemaran yang boleh dilihat di sini ialah 
Hasil carian imej untuk on your wedding day korean

elemen gabungan yang menyatukan dari musim panas hingga musim sejuk ketika mereka tinggal bersama dan Seung-Hee bermula semula untuk mengejar impian nya untuk menjadi pereka fesyen.
“On Your Wedding Day” Cast Celebrates Surpassing 2 Million Moviegoers
Sambutan ringkas bersama para pelakon bagi
 meraikan kejayaan mencapai dua juta penonton. 

Secara keseluruhan, filem ini dilihat sebagai satu kisah percintaan sebenar di alam nyata dan membawa mesej mudah "jika kita sayang, melihat orang yang kita sayang gembira, lebih penting walaupun bukan kita yang berada di sebelah nya. Skor yang boleh diberikan pada filem ini ialah 4.25 secara keseluruhan,


You Might Also Like

0 Komen