Sebelum Iblis Menjemput : Setaraf Pengabdi Setan? (Amaran : Ada beberapa gambar tidak sesuai untuk ditonton)

20:06:00

Kurang promosi barangkali. Mungkin yang sebolehnya diletakkan sebagai antara
salah satu permasalahan bagi "Sebelum Iblis Menjemput". Hangat sambutan nya di tempat
lahir movie ini, Indonesia. Malah jika diperhatikan di Google Review , peratusan sebanyak 
94% sememangnya satu peratusan meyakinkan bagi peminat cerita bertemakan seram dan
hantu.

Hasil carian imej untuk sebelum iblis menjemput
Seperti biasa, kita berkenalan dahulu dengan
tenaga kerja bagi movie ini.

Trailer bagi Sebelum Iblis Menjemput


Poster yang mempamerkan barisan pelakon utama cerita ini.

Pengarah : Timo Tjahjanto
Pelakon : Chelsea Islan, Pevita Pearce, Karina Suwandi, Samo Rafael
Genre :Seram / Thrill / Hantu
Tarikh Mula Tayang : 13.09.2018 (Khamis)

Hasil carian imej untuk sebelum iblis menjemput cast
Barisan Pelakon bagi Sebelum Iblis Menjemput

Harus diingatkan di sini, cerita ini hanya sesuai untuk 18 tahun dan ke atas kerana
perilaku seram dan paranormal di dalam cerita ini sememangnya sangat tidak sesuai untuk orang yang belum mampu untuk tahan perasaan dari takut. (Yes, memang seram)

Hasil carian imej untuk lesmana sebelum iblis menjemput
Lesmana ; di bawa oleh Ray Sahetapy

Plot cerita bermula apabila Lesmana, seorang yang memerlukan wang dan terdesak, mencari jalan mudah dengan memanggil seorang pemuja Iblis ke rumahnya dan memulakan ritual pemujaan di loteng bawah tanah rumah yang kemudian nya dibiarkan dan telah dikunci oleh beberapa tampalan bagi menghalang pemuja tersebut supaya keluar dari loteng itu. Namun, perlu berjanji supaya memberikan korban kepada "baphoment /  kambing hitam "


Hasil carian imej untuk kambing hitam
Apa sebut sebut nama aku ni?

Hasil carian imej untuk black goat
Yang ni kacak sikit lah sebab ada janggut, ye dok?



Lesmana berkahwin dengan beberapa orang ternama selepas itu dan berjaya menjadi hartanah dan pengusaha yang berjaya dan sangat kaya tetapi jatuh sakit beberapa tahun selepas itu atas perkara misteri yang tidak diketahui oleh ahli keluarganya sendiri termasuk Alfie, anak pertama hasil perkahwinan Lesmana.

Imej yang berkaitan
Kalau yang dah pernah tengok cerita Pengabdi Setan, mesti ada yang perasan, scene ni macam dalam cerita tu, pasang lagu lama, tetiba muncul iblis lahanat macam watak perempuan ni.

Dari mata penonton, boleh dikatakan cerita ini sangat menyeramkan tetapi kurang "content" tentang watak watak dan juga kurang pengenalan terhadap bagaiman Alfie membesar. Antara adegan seram yang jika ditonton walaupun dengan membawa partner sememangnya amat menggerunkan hati. Boleh dikatakan pembawa watak di dalam cerita ini berjaya membuatkan penonton menghayati jalan cerita .

Di bawah, ada beberapa scene seram yang di selitkan bersama
(Maaf; imej tidak berapa sesuai untuk tontonan yang tidak suka kisah seram)

Hasil carian imej untuk Karina Suwandhi sebelum iblis menjemput
Ibu tiri Alfie sebelum hammer melekat dekat kepala.

Hasil carian imej untuk sebelum iblis menjemput scene
Tak mati weh

Hasil carian imej untuk sebelum iblis menjemput scene
Nak pergi kampung sebelah nak mintak pertolongan, tetiba terjumpa.....

Hasil carian imej untuk sebelum iblis menjemput seram
Opocot kau ! Bagi lah salam setan oi




Kepada peminat kisah seram hantu yang sangat mendebarkan, 4.5/5 bintang ialah satu rate yang sangat tinggi dan ramai yang menonton filem ini juga semestinya akan memberikan markah yang sama. Filem ini juga dikatakan telah dinamakan semula sebagai "May The Devil Take You" dan telah tercalon di dalam anugerah L'Estrange Festival Paris 2018 dan juga ditayangkan di Texas, US dan juga di London, England.


You Might Also Like

0 Komen