JUSTICE LEAGUE : Liga kebenaran ilusi yang tidak mengancam

13:00:00

Untuk pengetahuan, hari ini hari ketiga tayangan bagi sebuah lagi hasil fiksyen ciptaan DC Comic untuk sebuah lagi product line mereka tentang adiwira mereka. Sudah pasti ramai yang sedia maklum tentang
JUSTIC LEAGUE.

Justice League film poster.jpg 

 Ramai sememangnya menunggu ketibaan filem ini yang menggabungkan adiwira yang sememangnya dikenali oleh masyarakat dunia, Batman yang masih membantu menghalang jenayah di Gotham City. Ditambah pula dengan kehadiran Wonder Woman lakonan aktres kontroversi, Gal Gadot dan watak sidekick  The Flash , The Cyborg ataupun dikenali sebagai Victor Stone dan juga Aquaman. Untuk hari ketiga, mungkin bukan di Malaysia, tetapi pemuja Jason Momoa mungkin tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton aksi nya berenang . (awkward sebenarnya ada yang menjerit bila tengok mamat ni ).

Kekecewaan aku pada movie ini mula terlihat bila overall cerita ini dilitupi dengan CGI dan lakonan tidak berkualiti dari Ben Affleck dan juga kurang exposure tentang bagaimana The Flash dan Cyborg terhasil. Mungkin akan ada filem tentang mereka berdua ini dan digabungkan bersama untuk projek DC akan datang. Tetapi, pada hemah aku sebagai antara peminat setia filem DC Comic, filem ini tidak akan berada di dalam kelompok teratas bagi kutipan tertinggi kerana mutu lakonan dan aksi yang kurang.

Aku takkan bukak spoiler dekat sini walaupun mungkin ramai yang dah google poster ada 5 adiwira tapi kenapa berakhir dengan 6. Kena tengok sendiri, tetapi pada filem ini, aku cuma bagi 6.5/10.

You Might Also Like

0 Komen