Berita Palsu : Apa yang kita faham dan bila nak berhenti?

03:00:00

Tak adanya nak penulisan secara formal lagi tahun ni. Sebenarnya sejak
tahun lepas lagi, rasa macam dah malas nak terikat terikut dengan cara penulisan 
yang kadang kadang kalau baca balik dalam draf , dah macam tulisan dekat paparan skrin
pembaca berita.

Baru baru ini, kita digemparkan dengan akta berita palsu yang telah ditimbulkan oleh
pihak kerajaan sedia ada bagi membendung berita palsu yang semakin berleluasa (katanya).
Image result for kempen membanteras berita palsu

Kebanyakan kita yang sememangnya menggunakan aplikasi media sosial popular sememangnya
sudah mengetahui, pelbagai berita yang dikeluarkan samada daripada media konvensional mahupun media atas talian, tak kurang pula dengan media tanpa tauliah (ditulis untuk mengisi masa lapang).

Sehingga sekarang, masih kah ada yang mampu membezakan berita benar atau palsu? Kebanyakan kita senang melenting macam ayam dicucuk BCG tanpa mahu melihat sendiri/merujuk kepada maklumat asal berita tersebut. Pantang sahaja kalau sesuatu individu yang disukai diusik (tak kisah lah siapa), mulalah jadi triggered.
Image result for adib alex triggered 
image : AdibAlexx 

Isu ini telah dibahaskan di Parlimen dan mendapat sokongan termasuk dari bahagian pembangkang sendiri (malas nak cakap siapa) tapi nampaknya ia tidaklah seperti yang dimomokkan untuk membantu orang yang dituduh supaya tidak kena tuduh.
 

Sebaik sahaja RUU itu diluluskan, sesiapa yang mendapati 'dengan sengaja membuat, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedar atau menyebarkan' sebarang berita palsu atau penerbitan; boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
Dalam kes kesalahan yang dilakukan secara berterusan pula, seseorang boleh dikenakan denda tambahan sehingga RM3,000 untuk setiap hari kesalahan itu dibiarkan berterusan selepas sabitan.
Sebagai tambahan kepada hukuman, mahkamah juga boleh memerintah permohonan maaf dibuat secara terbuka atau dengan menerbitkannya di akhbar.
Sesiapa yang didapati memberi bantuan kewangan untuk tujuan melakukan kesalahan itu juga boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
RUU tersebut juga menyatakan bahawa mana-mana individu yang gagal menarik semula penerbitan yang mengandungi berita palsu juga boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 dan dalam kes kesalahan yang berterusan, denda tambahan sehingga RM3,000 setiap hari selagi kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Sumber : Mstar Petikan Mstar

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya tidak mengatakan saya bersetuju dengan akta ini mahupun membangkang keputusan kerana jika ianya bertujuan seperti yang dimaklumkan oleh pihak yang telah menaikkan usul ini, cuma mengharapkan akta ini tidak lah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab

You Might Also Like

0 Komen