Business Card : Susah sangat ke nak buat ?

22:12:00

Assalamualaikum!
Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil dan juga peluang untuk dapatkan kerja
yang akan memberi pulangan yang baik untuk masa depan , ramai antara kita
yang memilih jalan untuk menjalankan macam macam jenis perniagaan. 

Paling banyak yang berterabur sekarang ni , niaga benda makan.
Antara kemestian yang saya lihat setiap kali diorang datang kedai ,
teknik iklan yang paling murah dan tipikal yang diorang akan fikir :
1. Banner
2. Bunting
3.Flyers
4.Business Card
Nak sembang pasal business card
susah sangat ke nak membuat sampai buat design dua tiga minggu masih belum proceed order ?
Perkara paling sukar untuk dipercayai oleh saya ialah ; design tak kena dengan produk , design tak lawa , design bla bla bla. Ada yang sampai dua tiga bulan .

Saya tahu , ada segelintir yang masih kurang kisah ataupun lebih suka melaburkan wang kertas biru untuk tidak pening kepala memikirkan kesemua yang perlu diletakkan di dalam sesebuah kad perniagaan sendiri. 
Baiklah. Saya teruskan terus kepada perkara yang paling senang bagi yang sangat tidak tahu bagaiman untuk membuat kad perniagaan yang akan memuaskan hati kita dan orang lain .

Pertama !
Apa yang korang perlu isi di dalam business card 
Kebanyakan daripada kita yang menjalankan perniagaan , telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia , apabila keluarnya slip pendaftaran dan slip pembayaran pendaftaran akan tercatit  1.nama pengurus 
2. nama alamat 
3. no. pendaftaran
4.no. telefon untuk dihubungi
5. tambahan bagi sokongan dan jualan di laman web seperti instagram , twitter , facebook dan laman web yang dibina.

Benda yang kedua ialah buat rangka kat atas kerja . Sketchkan aja pakai pen ke apa , colour colour , gambar tu letak sebagai benda last okay !

Biasanya kotakkan ataupun kalau malas , buat je kotak guna Microsoft Word .Saya tak nak lah perlekehkan orang yang taktau guna komputer langsung , tapi kalau boleh masa nak hantar order , sketch akan membolehkan korang dapat apa yang korang nak jadi hasil yang elok.

Lastly , design atau rona warna yang akan membentuk kad yang baik semestinya datang dari gambar gambar yang korang nak selitkan . Tangkap je gambar kalau rasa tak reti / malas nak cari kat internet.
Kesimpulan nya , engkorang jangan malas kalau nak berjaya dan mengurangkan kos!

You Might Also Like

0 Komen