Iphone 6s lawan ZenFone 2 , siapa menang ?

16:21:00

Assalamualaikum.
 Untuk tahun 2016 yang dah mencecah bulan ke tiga , semestinya pelbagai jenama jenama
besar pengeluar telefon pintar bersaing , lagi lagi dalam memastikan keluaran mereka ialah
produk yang menang membeli menang memakai kepada yang mahukan kesempurnaan
telefon pintar.
 
Kita semua tahu , Iphone keluaran Apple Inc. semestinya adalah syarikat yang sangat
kuat dalam pemasaran telefon pintar dengan OS yang tersendiri iaitu iOS.
 Tapi ..
Tak adakah yang mampu melawan syarikat pengeluar smartphone ini ?
 
Pada kali ini , saya meletakkan satu model keluaran syarikat pengeluar yang terkemuka 
dalam industri gajet dan telefon pintar , ASUS.
 
 Asus telah melancarkan model Asus Zenfone 2 Deluxe ini pada Q4 2015 . Saya sangat tertarik kepada model ZE551ML ini kerana ia membolehkan pengguna membentuk smartphone ini kepada
satu storage seperti external hard disk. Kenapa?
Internal storage smartphone ini sahaja dilengkapi dengan 128 GB dan juga membenarkan pengguna nya memasukkan lagi satu micro sd yang berkapasiti 128 GB !
 
 
 Ditambah pula dengan pemprosesan Intel Atom Z3580,Quad-core 2.3 GHz dan RAM 4GB , jika dibandingkan dengan harga iPhone6S yang hampir tiga kali ganda tetapi hanya dilengkapi dengan Dual-core 1.84 GHz Twister dan 2GB RAM , ini memaksudkan anda telah kerugian dua smartphone yang sangat power!
 
 
Satu lagi kelebihan Zenfone 2 Deluxe ialah ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000MaH. Iphone? Cuma sekadar 1750MaH Li-Po. Semestinya satu kerugian buat pembeli yang sangat memerlukan masa yang banyak bukan? Jangan risau ! Korang takkan rasa rugi dengan pembelian. Seperti yang diperkatakan , smartphone ni ada boost master, yang membolehan korang dapat bateri yang cukup dalam masa yang singkat!




Tengok back cover dia , aummmmm!


Bagi yang sangat sukakan kamera resolusi tinggi , Zenfone 2 Deluxe didatangkan dengan kamera utama 13MP / kamera muka pula 5MP manakala iPhone6S pula 12MP hadapan dan 5MP kamera muka.
 
Hingga tarikh yang ditulis , harga display yang saya rujuk melalui beberapa laman web termasuk network provider utama di Malaysia , harga runcit bagi Zenfone 2 Deluxe ialah sekitar RM 1500 - RM 1650 , manakala bagi iPhone 6S antara RM 3600 - 3800. Jadi ? Tunggu lagi. Nak jugak iPhone? *kekening*


You Might Also Like

0 Komen