Samsung dan keluaran Galaxy J specs rendah dengan harga berpatutan : J1 , J5 , J7

21:00:00

Assalamualaikum.
Sejak GST ni , ramai sebenarnya yang mencari smartphone yang boleh masuk bajet poket .
Maklumlah ,kalau boleh nak lari terus daripada bayor cukai yang tak semena mena
kena bayor walaupun gaji ciput.
Jadi pada kali ini , saya nak sembang sikit lah pasal smartphone siri terbaru dari
Samsung. Samsung versi Galaxy J sudah pun berada pada awal tahun yang lalu sebelum bermulanya GST.





Sebagai seorang yang sukakan gajet yang berkualiti dari syarikat syarikat berjenama macam Samsung , saya selalu mementingkan harga , saiz , performance dan yang paling penting hayat masa penggunaan harian sebab saya pengguna internet yang agak tegar .

Jadi oleh sebab kekurangan opsyen semasa mencari smartphone , saya sendiri telah membeli Samsung Galaxy J1 dengan harga RM 380 ( jangan tanya kedai mana ). Spesifikasi yang rendah ; pemacu teras 1.2 Ghz Dual Core A7 dan dilengkapi 2.0 megapiksel hadapan dan 5.0 megapiksel sebagai kamera utama( sesuai untuk orang suka selfie ) , plus handphone ni boleh rakam video HD dan juga ada flash. Namun smartphone ini dilengkapi dengan fungsi battery saving yang sama dengan versi Galaxy J keluaran 5 dan 7 , namun tetapi ! Saya masih kurang berpuas hati kerana fungsi ini kelihatan tidak sesuai bagi battery 1850 MaH!

Didatangkan dalam cover dengan pilihan warna biru metalik ,putih atau hitam , J1 kelihatan sesuai dibawa kerana bersaiz 4.3 inci untuk skrin dan agak ringan.


Dan sekarang pula , saya akan cuba untuk dapatkan versi J5 , sebab pada saya walaupun versi J7 lebih baik dari segi spesifikasi , duit takda , siapa nak support lagi RM 200 tolong kabor awal awal ;) 

Baiklah , berbalik kepada spesifikasi , J5 dilengkapi dengan versi android baru , iaitu 
Selain daripada interface yang lebih comel , smartphone yang berharga RM 799 ini dikuatkuasakan dengan 1.2 Ghz Quadcore Snapdragon dan mempunyAI dan 1.53 GB RAM ,ditambah dengan bateri berkapasiti 2600MaH dan digabungkan dengan fungsi battery saving. 

Kalau yang kaki selfie mesti nak tahu , berapa pulak MP kamera smartphone ini kan. Smartphone ini dilengkapi kamera utama 13.0 megapiksel dan kamera hadapan 5.0 megapiksel dan fungsi rakaman video 1920x1080 (1080p HD) (30 frame persaat)
Face detection, Digital zoom, Voice activation, Self-timer, CMOS image sensor, Autofocus, Touch to focus, Geo tagging . Ha cukup tak ? 
 
Okaylah nanti saya sambung semula untuk posting seterusnya . btw , lupa nak cakap selamat hari raya , maaf zahir dan batin . dan untuk persoalan tentang harga , saya pun tak pasti kenapa dekat facebook samsung haritu saya baca RM 599 bagi harga J5 , harini bukak facebook nampak RM799.

You Might Also Like

0 Komen