Malware Oh Malware. Apa benda malwer ni ?

18:30:00

Assalamualaikum.
Zaman serba canggih sekarang kan ? Begitu juga dengan serangan siber dan penyakit penyakit komputer yang semakin berleluasa . Virus dah semakin banyak .
Untuk posting kalini , saya nak ceritakan serba sedikit tentang jangkitan malware pada komputer kita .


Apa benda malware ni? Macam mana dia masuk dalam komputer kita ? Apa guna malware ni pada individu tertentu ?

Malware sebenarnya adalah kependekan terma bagi  malicious software. Kalau kita refer kepada maksud malicious ni sendiri dah tahu , yang membawa maksud "merosakkan". Malware akan dibentuk sebagai apa apa perisian yang dibina bagi menjahanamkan perisian samada tablet , PC atau apa sahaja jenis gajet. Malware biasanya digunakan individu tertentu bagi mendapatkan maklumat , merosakkan maklumat yang ada dan lebih teruk " saja saja je hantar".
Dan mengikut catatan yang disalurkan , ada hampir 400 juta jenis malware yang sedang berada samada di atas talian ataupun offline.


Janis jenis yang kita mungkin sudah kenal ialah seperti Virus , Trojan Virus , jenis spam  dan Worm .
Antara cara cara yang boleh kita lakukan bagi menghindari malware dari hinggap ke komputer kita adalah seperti berikut.
  1. Selalu update Sistem Operasi, Software aplikasi, dan Browser yang kita gunakan.
  2. Memasang perisian Antivirus misalnya Avast, Kaspersky, Norton , Avira etc. dan pastikan juga selalu update apabila dikehendaki.
  3. Memastikan Firewall Windows senantiasa aktif
  4. Kepada yang suka melayari laman web lucah 18++ , anda berisiko tinggi dijangkiti penyakit ini , komputer pun kena , anda pun kena , kena apa? Kena sakit otak.
  5. Saya faham ramai yang suka melayari laman web pirate movie , elakkan dari mendownload terlampau banyak dan pastikan anda memantau sebarang aplikasi dan ads site .
  6. Jangan membuka email sembarangan dari orang yang tidak kita kenal, apalagi dalam format .exe, .scr, .vbs.
  7. Dalam membuat password gunakan kombinasi huruf, angka dan karakter unik seperti $,#,@ ._= atau simbol campuran bagi menyukarkan anda digodam.
  8. Pasang Software anti malware, seperti Malwarebytes ataupun dari Microsoft sendiri

    Free Malware Removal Tool | Anti-Malware Scan Software

  9. Bersihkan temporary internet file, cookies, autocomplete form , cache jika anda tidak selalu menggunakan internet. Terdapat juga aplikasi CCCleaner yang boleh membantu bagi tujuan tersebut.

You Might Also Like

0 Komen