Saturday, 20 December 2014

Tips Ke Sarawak !

Assalamualaikum .
Masa cuti cuti gini mesti ramai kan yang tengah tercari cari tempat sesuai untuk melepak.
Lagi lagi pulak duit dah lama terkumpul , cuti pun sama .
Tapi yang tak berapa nak ada cuti pun mesti nak melancong jangka pendek ,
tapi tak ada tempat yang ada dalam kepala .
 Kan ? Kan ? Kan ?

Jadi bagi posting kali ini , saya nak ajak semua pembaca supaya
berfikir untuk pergi ke Malaysia Barat !
Dan kali ini , saya nak ajak anda semua ke Bahagian Samarahan dan Sri Aman .
Jadi sedikit tips 101 saya nak sediakan untuk korang yang masih terfikir-fikir apa sebenarnya yang korang akan dapat jika melancong ke sana.







1. Sebagai seorang kaki travel yang berjaya , perancangan seawal sebulan ataupun dua bulan sememangnya amat penting walaupun cuma buat perjalanan di dalam negara sendiri.




2. Sebab kita duduk dalam Malaysia , banyak jugak lah pilihan samada nak naik kapal terbang ataupun.... kapal terbang je kan senanye.Bagi menjimatkan kos perjalanan , saya lebih suka cadangkan kepada sesiapa yang nak terbang ke Kuching supaya membuat tempahan dua bulan awal ataupun mendaftar sebagai ahli dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia ataupun Malindo Air. Bukan taknak bantu MAS , tapi penerbangan domestik yang murah sememangnya kita tahu cuma di offer oleh dua syarikat penerbangan ni.

 




3. Kalau rasa macam nak pusing Kuching sampai ke Sri Aman , tak adalah sampai makan masa seminggu babe. Takdanya , jangan korang dengar sangat kawan kencing korang . Yang sampai seminggu ni biasanya jalan kaki dari KIA ( Kuching International Airport ) sebab duit habis shopping .

4. Flow of money ni kalau korang jenis yang datang bukan untuk shopping tapi lebih kepada nature , Sarawak memang destinasi terbaik dan memang dapat jimat duit .

5. Mesti korang tertanya tanya kalau dah sampai kuching ni , dekat mana nak start berjalan kan , jadi saya cadangkan perkara pertama yang lebih menjimatkan untuk berjalan ialah dimulakan dengan pergi ke Muzium Sarawak , lepas penat korang boleh pulak ke Waterfront Kuching .


Naik sampan baru RM 5 - 10 . Kalau dah tahu tak banyak duit jangan lah gegatal nak naik River Cruise tu. Yes ! Landmark dewan rakyat Sarawak ada di hadapan mata. kalau engkorang rasa nak shopping barang murah + cari kek lapis sarawak murah , di sepanjang pejalan kaki tu ada jual kek lapis yang memang murah. Bersebelahan jalan tu pulak ada India Street Kuching occay !







6. Kalu cerita panjang mesti lah rasa kuching je yang best kan ? Okay , Sri Aman pulak terletak lebih kurang dua jam je dari Kuching. Di sepanjang perjalanan jalan Sri Aman - Kuching , engkorang akan jumpa Serian. 


Okay , untuk pengetahuan korang , serian ni memang nampak a bit old town , tapi kepada yang suka kepada pemandangan lama tapi bersih , memang Serian tempat terbaik. Plus Serian ada kawasan rekreasi Sungai Ranchan dan jugak masjid yang dibini di sebelah tasik Serian.


7. Mesti rasa pelik kan kenapa saya asyik nak suruh engkorang pergi Sri Aman kan ? Ehhhhhhh kejap , sebelum jumpa Sri Aman , korang akan jumpa satu lagi pekan kecil yang dinamakan Pekan Lachau. 

Selepas tu , barulah sampai korang dekat Sri Aman . Macam mana nak tahu engkorang dah sampai dah Sri Aman ? Senang ! Ada satu bukit yang korang kena naik sebelum sampai ke Sri Aman , dekat atas bukit tu ada landmark selamat datang dengan buaya hiasan .


8. Kalau korang sampai petang sikit , ataupun masa korang datang ke sana , tetiba korang nampak ada pesta pasal benak . Ha mesti terfikir kan , takkan lah diorang ni sambut pesta benak fikiran ke apa . *krik krik krik* . Tak tak tak ,sebenarnya benak ni ialah satu kejadian di mana air di sungai naik menjadi ombak kecil yang melalui sepanjang sungai di mana tempat pelepasan air dari empangan terjadi. Rare sebab ia cuma terjadi di kawasan ini !


9. Yang pastinya masakan sarawak memang sangat berbeza. Dan yang paling meliurkan tekak ni bila terdengar nama mee sapi dan jugak mee kolok , manok pansuh .Cuba lah datang makan dekat kawasan kampung melayu sri aman . 




10. Jadi selepas semua itu , kalau engkorang berkesempatan dalam sehari lagi , apa kata sebelum balik ke Kuching ataupun sekitar kawasan engkorang menginap , apa kata singgah dulu air terjun Rachan dan jugak kalau bawak buku merah , singgahlah sekejap dekat Entikong/Tebedu . Sini ialah pos pemeriksaan bagi korang masuk ke Kalimantan Utara .


Jadi saya harap sedikit sebanyak anda semua bolehlah mencuba pada tahun ini , sebab tahun depan flight ada GST . T.T . 







Post a Comment