Ingin cuba OS Windows 10?

23:00:00


Assalamualaikum .
Baru baru ini , Microsoft telah membuka peluang kepada pengguna untuk mencuba menggunakan OS versi mereka yang terbaharu iaitu Microsoft Windows 10 yang secara am nya ialah BETA/technical review.


Ianya agak mengejutkan kerana tiada versi Windows 9 dikhabarkan dan ianya akan menggantikan OS Windows 8.1 yang sedia ada digunakan di pasaran. 

Tetapi! 
Sebelum mencuba , anda perlu ada sekurang kurangnya ada satu lebihan peranti ( PC lebih orang kabo ) untuk spare , atleast kalu tak jadi install ke apa jadi , ada lebihan yang boleh jadi pengganti kalau rosak ke apa . Nama pun technical review punya OS.

Baiklah untuk dipermudahkan cerita , kita terus ke link bagi memuat turun OS Windows 10 , tekan sahaja gambar di bawah

 WINDOWS 10 ISO DOWNLOAD



Di bawah ialah system requirement yang diperlukan bagi pengguna yang ingin mencuba OS tersebut.

  • Processor yang diperlukan ialah 1Ghz secara minimum ataupun lebih berkuasa tinggi.
  • RAM: 1 gigabyte (GB) (32-bit) or 2 GB (64-bit)
  • Keluasan cakera keras yang diperlukan pula ialah 16 gigabyte (GB)
  • Kad Grafik : Microsoft DirectX9 
  • A Microsoft account and Internet access
  • Kelebihan diberikan kepada pengguna Windows 8.1 

Walaupun penguji dari MajalahPC sendiri mengatakan prebiu ini stabil untuk dicuba pakai tetapi permasalah yang timbul di mana pengguna tidak dapat menggunakan DVD player dan juga Windows Media Player di samping mempunyai kelemahan bagi pengguna versi perniagaan. Tambah lagi jika anda tidak biasa ataupun tiada kemahiran untuk berhadapan dengan permasalahan perisian/hardware komputer . Perlu juga diketahui bahawa risiko untuk hilang file file penting atau apa apa perisian.


You Might Also Like

0 Komen