Virus LNK dan File Hidden : Apa nak buat kalau file hilang dalam pendrive ??!

20:00:00

Assalamualaikum .
Lama jugak rasanya dah tak menulis dengan gaya dulu
pasal perihal komputer dekat blog.
Bebalik puisi memanjang kan ?

Jadi bila balik semula ke 2014 yang dah makin menghujung ni , rasa
macam nak buat comeback sikit pasal penulisan IT.
Jadi minggu ini ( dibaca : bulan ini ) saya nak cerita serba sedikit lah
tentang virus komputer yang makin menular dekat tempat saya bekerja.
Seharian saya akan menatap komputer komputer yang ada dan akan cuba
untuk bagi warning kepada budak budak yang belajar dekat sini supaya 
dapat elakkan dari selalu sangat eject dan plug in apa apa USB Storage ataupun
bebudak kecik sekarang sebut pendrive .




Mesti tak ramai yang alert pasal jenis virus yang agak baru ini sebab virus yang lebih dikenali sampai sekarang semestinya virus Trojan dan malware malware yang sememangnya lebih mudah menyerang file yang ada di dalam storage anda .

Tapi jangan tak tahu pulak !
Virus lnk mempunyai kemampuan untuk menukar segala jenis shortcut yang ada pada desktop anda dan mematikan link shortcut kepada aplikasi yang terpasang di dalam komputer. Maksudnya apabila virus ini menyerang anda tidak akan dapat membuka sebarang aplikasi yang terdapat di desktop mahupun di link .

Tips yang dapat saya bagi untuk menyelesaikan masalah seumpama ini ialah dengan memuat turun aplikasi di atas talian bagi restore semua aplikasi tersebut . Selepas sahaja anda melakukan restore , restart komputer anda .

Bagi masalah file yang dihidden kan dan anda gagal untuk mengembalikan file ke bentuk asal ialah dengan mengikuti aturan di bawah :

Klik "Start" -->Run --> taip cmd* dan tekan Enter. 
Anda akan dapat melihat satu tetingkap bernama Command
Promp keluar. 

Disitu akan tertulis

**Gambar PrintScreen diatas adalah contoh command promp yang digunakan menggunakan OS Windows XP. 



Kembali semula kepada tetingkap komputer , rujuk kepada pendrive anda samada dilabelkan sebagai E: , F: , G :. Andaikan pendrive anda dilabelkan di My Computer/komputer sebagai E:


attrib -h -r -s /s /d E:\*.* 

Copy dan paste kan di command promp . Anda tidak boleh menggunakan Ctrl+V untuk paste ke command promp.

Periksa file anda selepas huruf label pendrive anda keluar di bawah arahan copy tadi.

Selamat mencuba !


You Might Also Like

2 Komen