Selimutkan Hati dan Selamat Tinggal .

12:30:00

Sayu .

Sayu itu selimut dalam diri yang kerap menghilang semasa
semuanya ada di depan mata .

Sayu itu munculkan kepalanya dan menapak ke dalam hati
yang katanya girang dan gah .

Sayu itu derapan tapak kakinya , seperti pedang yang mula
merobek jiwa jiwa tenang , memainkan lagu kesepian .

Aku akhirkan hari aku yang terakhir bersama mereka mereka
yang senyum secara ikhlas mahupun tidak kepada aku .

Aku akhirkan senyum aku dengan genangan air mata yang mungkin
pada mata mata yang tidak kisah dengan linangan dari kilang mata ini
dengan ucapan semoga maju jaya dengan pelbagai perkara yang 
bakal mendatang pada hari hari yang perlu dilalui .

Pada Mata , Pendek , Jela , Jamil dan Pisah , jaga diri , semoga lulus semuanya .

Pada yang selalu datang mahu hibur hati gundah , Abang Khairil Zaman , Abang Hafiz , Abang Sidi , Abang Mat Nor , Kak Anum , Kak Wani , Kak Nor , Puan , Terima Kasih yang tak kesampaian diucapkan .
Pada Encik Kumar , walaupun kurang komunikasi , jarang buat kerja untuk encik , terima kasih sebab sentiasa senyum .

Lain tahun , kalau ada rezeki bersama , kita jumpa lagi :')

Selamat jalan , Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Selama .

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Adha .

Nukilan khas : Zul


You Might Also Like

0 Komen