Repost : Maghi ler ke pegok , yob yong oi !

12:00:00

Assalamualaikum !
Mungkin kepada orang orang yang membaca akan terasa serdak serdak
hambar sebab tak seperti Terengganu , kempen Tahun Melawat Perak yang dijalankan
pada tahun lepas kurang memberangsangkan due to kurangnya pengiklanan dan hebahan 
di tempat tempat lain . Jadi sebagai seorang rakyat yang berada di negeri skuad kejor yob
kejor ni , ate teman nak kabor ler jugak pasei perak ni ke seme lah yang rajin membaca .

Tapi sebelum tu teman nak kabor jugok ler pasei Kejor Yob Kejor ni . Mike seme
jangan ingat terma Kejor Yob Kejor ni orang peghok sendiri yang bagi . Idok ! Ini senanye
ayat yang Orang Selangor yang bongkak dulu masa game bola . Diperlinye peghok sebab
masa tu deme tengah 2 - 0 . Alih alih peghok kejor , menang piala apa teman tak ingat ler 
tapi peghok menang 4 - 2 . Dari situ ler Skuad Seladang gune Kejor Yob Kejor .


Kalau sebut pasal perak ni , memang banyaklah yang dah tahu sebenornya pasei Perak kalau
kaji balik . Sebelum WP Kuala Lumpur dijadikan sebagai Ibu Negara , Taiping telah dipilih 
Ibu Kota bagi Tanah Malaya yang dahulunya masih belum bergabung dengan Sabah dan S'wak .
Paling lejen , Taiping - Port Weld ( nama lama Kuala Sepetang , dikenali sekarang sebagai
Mangroove Park Kuala Sepetang ) adalah kawasan di mana terletaknya setesen keretapi pertama
bagi mengangkut bijih timah yang sememangnya berlambak dulu .



Malas nak cerita potpet pasal sejarah , meh nak kabor sikit pasei kawasan yang best yang 
boleh singgah kalau masuk kawasan Perak .
Ha kalau bab bab Pulau ke Pantai ke , Perak ada Pelabuhan Lumut , Teluk Batik dan Teluk Senangin .
Kalau nak cakap pasal Pulau , Perak ada juga Pulau Pangkor yang tak kurang hebatnya dengan Pulau Langkawi .
Dekat Lumut ni , bolehlah kalau mengkome seme nak cuba makanan kering ke baju baju buat souvenier .
Ole ole orang melayu kabor .


Buat masa ni , teman nak berceghite le pasei Taiping je , sebab kawasan teman .
Dekat Taiping ni lah bandar paling lejen dengan sejarah dan juga hujan .
Sebab kawasan yang stabil , bandar Taiping mencatatkan taburan hujan walaupun buat masa sekarang tak menentu yang paling tinggi dalam Malaysia ni .
Dalam erti kata lain , sejukkkkkkkkkkkkkk !


Dimulakan dengan trip ke Maxwell Hill ataupun orang sekarang panggil Bukit Larut ,
resort di sini adalah yang tertua dalam sejarah negara , dibuka sejak 1884 .


Kalau yang merasa malas nak jalan kaki , ada servis Land Rover yang sedia menanti
pengunjung yang mahu sampai ke atas .Murah dan berpatutan occay !

Lagi satu daya tarikan yang sememangnya terkenal ialah Taman tasik pertama dekat Malaysia
Dari dulu sampailah sekarang , Taman Tasik Taiping sememangnya sinonim dengan penduduk
setempat sebagai satu kawasan riadah , bersenam dan juga dating . Hekeleh nyewrrrr .







Itik kayuh dah mula di buka semula , dengan itik yang baru lagi . Shot yang pertama 
tu memang gambar yang terbaru lepas ada renovation dekat tempat tu selama 2 bulan .
Jadi siapa yang teringin nak naik , harga berpatutan .
Berdekatan pula dengan tempat itik kayuh tu , ada satu medan selera yang baru dibuka 1 September 2013 yang lalu . Jarak dia lebih kurang 250 meter je dari Menara Koridor Utara Taiping ( Menara Kamal Bina )
 yang baru dirasmikan MB Perak . Yang menariknya , kita boleh makan dalam gerabak keretapi ,bersesuaian dengan sejarah keretapi pertama dekat Malaysia .
Bersebelahan dengan tempat makan tu , taman permainan bagi budak budak . Bolehlah jugak ke mekdi dengan jarak tak sampai 5 minit berjalan dari situ .
  
Ada lagi !


Tada ! Zoo Taiping ! Zoo yang paling tua selepas Zoo Negara !
Konsep Zoo Taiping sekarang ada 2 sesi , ada juga Night Safari !
Haaaaaaaaa ! Ada lagi . Siapa yang minat tengok haiwan angkat 
tangan sikit .

Klik dekat Majlis Perbandaran Taiping dan mengkome
akan dapat diskaun 20% yang boleh digune sampei la hujung tahun ni !





Sebut pasei semua benda ni mesti penat yedak ?
Lapor , nak makan , nak minum ?

Ha apa kata rehat sekejap kita pergi ler tempat makan yang bakal teman sajes kan ke kome .

Kalau yang suka makan omputeh ni , yang tak sedor diri kulit tu sawo matang
cakap pun guna bahasa Malaysia , nak jugak meh ler singgah ke Fastfood Restaurant yang
wujud bertapok tapok dekat Tepeng ni .

Restoran KFC , ada lima kawasan , satu dekat Simpang , ada Drive Thru . Satu lagi dekat dalam Tesco Taiping ,Giant Taiping dan juga dalam kawasan tengah bandar Taiping .
Satu lagi dekat Kamunting , bukan 24/7 .
Kalau nak yang pedas , mesti lah nak mekdi . Okaylah Restaurant McDonald pulak ada tiga kawasan , satu berdepan tapi berjarak sikit dari KFC Simpang . Ada Drive Thru . Satu dekat kawasan Taman Tasik . Baru je sebut tadi . Satu lagi McDonald dekat Taiping Sentral Mall bersebelahan dengan Tesco Taiping .
Nak maniskan mulut ? Big Apple ada , Chatime ada . Pizza Hut dengan Domino Pizza pun ada jugak okay .
Ha yang nak minum kopi , Starbuck ada jugak . Secret Recipe pun ada . Kenny Roagers pun ada jugak .

Sebut pasal makan nasi kandaq ka pa dia ka , hangpa jangan risau . Mamak berteraboq dekat sini .
Sebut ja A.Rahman nasi kandaq ka , Haji Midin Murtabak ka , semua ada . Duit ja simpan .

Kalau nak diikutkan lidah local orang orang Taiping , sebut je Medan Selera Taiping , dekat belakang Balai Bomba Taiping , semua kenal ! Tiger Corner ! Mesti ramai nak tahu kan kat mana Restoran pertama
yang jadi komersial sebab mee udang ?
Haaa Restoran Mee Udang Mak Jah terletak dekat Kuala Sepetang , agak ke dalam dari pandangan bandar Taiping , tapi berbaloi untuk sepinggan RM6 sahaja !

Apa lagi yang sedap ? Mestilah Laksa Buyong dengan Char Kuay Teaw kerang . Paling lejen ialah makanan dekat Medan Selera Larut Matang yang bersebelahan dengan parkir teksi Taiping dan berhadapan The Store II Taiping .

Berbalik kepada tempat shopping , sebab sebagai seorang lelaki yang jarang langsung tunjuk muka dekat tempat shopping ni sebab kekurangan tenaga untuk kaki , ini adalah senarai nama tempat yang boleh buat korang agak happy walaupun tak banyak .
Buat masa sekarang tempat shopping yang wujud ialah Taiping Sentrall Mall , The Store Taiping dan Kamunting , Giant Kamunting , Tesco Taiping , AEON Jaya Jusco Taiping ( bakal dibuka ) , Taiping Mall ( bakal dibuka )

Yang sukakan makanan yang murah dan suka pergi tempat macam bazar , pasar pagi atau pasar malam ?
 Jemput datang ke tempat tempat ni :


A.
KAMUNTING


JUMLAH PENIAGA YANG BIASA HADIR 
1.
Pasar malam Kamunting
6.00 ptg – 10.00 malam
Rabu, Khamis dan Sabtu
260
2.
Pasar malam Taman Desa Jana
6.00 ptg – 10.00 malam
Selasa
120
3.
Pasar minggu Kamunting
8.00 pg – 12.00 tgh.hari
Ahad
245
4.
Pasar Pagi
8.00 pg – 12.00 tgh.hari
Isnin hingga Sabtu
70
5.
Pasar pagi Pasar Borong
6.00 pg – 12.00 tgh.hari
Setiap hari
67
B
SIMPANG



1.
Pasar malam Taman Kota Jaya
6.00 ptg – 10.00 malam
Selasa
184
2.
Pasar malam Batu 2 1/2
6.00 ptg – 10.00 malam
Isnin
77
3.
Pasar pagi Simpang
7.00 pagi – 12.00 tgh. hari
Setiap hari
37
4.
Pasar pagi Taman Kaya
7.00 pagi – 12.00 tgh. hari
Setiap hari
25
5.
Pasar pagi Jalan Taman Kota Jaya Simpang
7.00 pagi – 12.00 tgh.hari
Setiap hari
38
C.
POKOK ASSAM



1.
Pasar malam Taman Raja Idris
6.00 ptg – 10.00 malam
Rabu
100
2.
Pasar pagi Pokok Assam
7.00 pagi – 12.00 tgh.hari
Setiap hari
100
3.
Pasar malam Taman Mas Kuning
6.00ptg – 10.00 malam
Khamis
130





D.
AULONG



1.
Pasar pagi
6.00 pg – 12.00 tgh.hari
Setiap hari
131
2.
Pasar malam Taman Pertama
6.00 ptg – 10.00 mlm
Setiap hari Isnin & Jumaat
67
3.
Pasar malam Kampung Boyan
6.00 ptg – 10.00 mlm
Ahad
88
1.
Pasar minggu Changkat Jering
7.00 pg – 12.00 tgh.hari
Ahad
125
2.
Pasar pagi Changkat Jering
7.00 pg – 12.00 tgh.hari
Setiap hari
40
3.
Pasar malam Changkat Jering
6.00 ptg – 10.00 malam
Sabtu
40
4.
Pasar Hari Batu Kurau
7.00 pg – 12.00 tgh.hari
Setiap hari







ANJURAN JKKK



1.
Pasar malam Taman Lela, Kamunting
6.00 ptg – 10.00 malam
Jumaat
125
2.
Pasar malam Batu Kurau
6.00 ptg – 10.00 malam
Sabtu

3.
Pasar malam Taman Simpang Bakti
6.00 ptg – 10.00 malam
Sabtu

4.
Pasar malam Taman Berkat
6.00 ptg – 10.00 malam
Ahad

5.
Pasar pagi Sg. Tinggi
7.00 pagi – 12.00 tgh.hari
Sabtu

6.
Pasar malam Sg. Kerang
6.00 ptg – 10.00 malam
Khamis

7.
Batu 9, Kepala Bukit Trong
6.00 ptg – 10.00 malam
Ahad

8.
Pasar malam Jalan Kampung Kubu
6.00 ptg – 10.00 malam
Jumaat

9.
Pasar malam Jalan Hujung Matang
6.00 ptg – 10.00 malam
Ahad

10
Pasar malam Jln. Matang K/Sepetang
6.00 ptg – 10.00 malam
Sabtu

11.
Pasar malam Kpg. Panchor
6.00 ptg – 10.00 malam
Jumaat

12.
Pasar malam Jelai Batu Kurau
6.00 ptg – 10.00 malam
Khamis


C) PASAR TANI ANJURAN FAMA
1.    Tapak Pasar Minggu Kamunting                                               -           Hari Sabtu      
2.   Hadapan Gerai Tanah Wakaf, Jalan Masjid Kamunting        -           Hari Sabtu                  
3.   Dataran Gerai MPT Changkat Jering                                         -           Hari Sabtu


Suka mandi dekat tempat tempat yang sejuk , air terjun maybe ?

Taiping ada Burmese Pool yang jaraknya 300 meter dari kawasan Bukit Larut . Juga ada air terjun yang agak dikenali iaitu kawasan air terjun Bukit Jana ,

Jangan risau ! Disini juga bersepah dengan hotel hotel yang menawarkan harga yang berpatutan . For me , Taiping is a must place to visit . Jangan fikir lagi ! Jemput datang !


You Might Also Like

0 Komen