Lebaran Ini

19:15:00

Tahun ini , tahun yang sudah berlari
Berlari meninggalkan aku yang masih ingin kan ada kamu disisi
Berlari pergi dari aku yang masih belum mahu menginjak dari erti ada kamu
Dan tatkala ramai yang bermain mercun sambil ketawa riang
Yang membeli perabut tidak ingat hutang
Yang gembira kerana hutang sudah dilangsaikan atas nama wang
Tapi tidak bagi aku .

Tahun yang sudah aku kempunan mencium tangan kamu buat kali terakhir
Tahun yang sudah aku tidak sempat tatap atau dengar bebelan mu yang akhir
Tahun yang sudah juga aku tidak sempat tunduk ampun di tanganmu untuk kesekian kalinya
Aku hanya mampu meratapi pemergian kamu semasa aku ingin berjuang di atas helaian helaian
nota yang perlu aku hafal
Aku meraung buat kesekian kali semasa aku memandang rumah tinggalmu pada aku .
Aku menangis.
Menangis
Dan terus menangis

Kenapa kau pergi semasa aku ingin cuba berdiri 
Kenapa kau diambil Dia tatkala aku ingin kuat bersama hingga hujung hari
Cuma aku mampu kirimkan sedikit al fatihah bersama rindu aku terhadap kasihmu
Cuma mampu ingat bau bau tatkala aku bersimpuh di lantai tinggalanmu
Aku pandang .
Sayup cuma.

Nenda .
Memori lebaran ini akan kekal lekat
Bak kpi yang pekat .
Kesan nya lama bak tangan diikat
Sakitnya hilang tapi ingatan aku
Sentiasa padamu .

Al- Fatihah

You Might Also Like

0 Komen