Ipoh , Sang Kota Lama

11:46:00

Dahulu nya , orang orang dahulu mengenal tempat tempat yang wujud 
melalui sungai , pohon , haiwan ataupun pelbagai perkara eksotik kuno lama yang boleh dijadikan penanda ataupun mengenalkan pejalan pejalan yang menapak di suatu  tanah asing , mungkin juga kerna tiada manusia masih mahu mengadaptasi kehidupan di tanah pencil .

Saat pekan itu tercipta , yang ada cuma manusia bermata sepet , berkulit kuning langsat yang dipenuhkan di kawasan itu kerna mahu di bangun dan dianggap bangsa kulit putih tentang pemilik tanah di negara yang masih dijajah itu lebih sesuai berada dengan rumpun rumpun hijau , mengamalkan tradisi . Yang sememangnya nampak asimilasi tebal bak batuan senibina lohong lohong berapi , hanya api magma yang terkumpul mampu memecah kan segala sendi sendi ego perkauman kulit yang menebal hanya kerana tidak mahu merekea bersatu supaya dapat semula tanah yang sememangnya maha mahal dan susah untuk di cari lagi .

Pandai gah sahaja orang orang itu sekarang . Tapi bukan itu aku mahu perkata , takut juga dicop si pengadu domba yang hanya mahu bela bangsa . Ipoh , siapa sangka dari pohon "epu" ke pekan , dan dari sekecil kecil pekan mampu bertukar wajah ke bandaraya dalam masa 50 tahun yang sudah ditanjat kepalanya dengan pelbagai hutan kongkrit supaya jadi pelbagai guna kepada semua ?

Mungkin ada yang masih ingat memori berjalan di Ipoh baru baru ini . Mungkin semasa lebaran barangkali selalunya apabila pulang di kampung halaman . Kalau mahu perkata tentang sang Ipoh , pasti sahaja ramai tahu pengganti ibu negeri Perak ini . Ya , Ipoh cuma sang pengganti Taiping yang tersimpan khas khazanah lalu .

Ipoh , yang melaluinya pasti kenal  ; Ampang Bercham Buntong Chemor Cyber City Falim Manjoi Gunung Rapat Ipoh Garden Jelapan Klebang Lahat Meru Menglembu Pasir Puteh Pekan Baru Pengkalan Simpang Pulai Station 18 Sunway City Tambun Tanjung Rambutan Tasek . Sememangnya yang unik di sini ialah nama tempat yang hampir sama tetapi lain corak dan ragamnya bila di sini . Mahu tanam memori senang , pasti ada yang sudah kenal Ipoh Old Town White Coffee dan Nasi lemak Ipoh .

Siapa mungkin bisa lupa tentang kamu , Ipoh ?

You Might Also Like

0 Komen