#ZineSetengahMasak : Dua Pasang Tangan.Satu Hati

06:06:00

III. Bait Bait Kata Dari Rizq Herinza Syadza


I.Hati Terusik

Duduk aku membariskan kata kata
Kerna tatkala aku duduk bersahaja
Tatkala aku merenung jendela
Sedang mengirim mesej bersama
Jiwaku terusik
Hatiku sedikit berbisik

"Katamu aku manis
Tapi hati aku kau hiris
Katamu aku lah si penawan
Tetapi jiwamu rawan
Katamu aku membahagia
Tapi kau melontar derita
Katamu aku pujaan
Tapi aku kau sampahkan

Tanpa lafaz , aku menarik nafas

" Kerana segenggam janji kasih
Aku berdiri lagi .
Aku dididik
Terdidik
Cari kau bila aku sedih .
Sampai satu saat aku lupa
Ikatan kita ikatan biasa "

"Terganggu
Bila kau tiada kuhilang punca.
Bila kau hilang jiwaku sirna
Kau pegang erat setiap nadi

Sebalik semua kenangan kau abadikan
Di sebalik setiap hembusan nafas kau janjikan
Aku rela
Bagai pantai yang sentiasa menanti ombak singgah ke pesisiran
Itulah aku padamu "

Dan terkadang pabila senja
mengenjak ke tabir mata
Gelap gelita itu
Tatkala aku menagis lewat malam .
Tiada siapa mendengar esakan dan keluhan
Derita yang berpadu dengan kelemahan
Itu aku
Sisi aku yang selama ini membina tiang ego
Yang terus dipasakkan dengan hinaan
Yang hanya kenal erti kejatuhan
Serta maruah yang dipijak tanpa belas


II.Jemput Aku Di Tangga

Dan bila musim musim yang ku jejakkan kaki ke tanah .
Tidak semerah dulu .
Tidak semerah hati yang dibelenggu
Tatkala aku berusaha , dan sepenuh kuasa itu
Membuatkan aku rindu .

Rindu pada kedamaian yang pernah dijanjikan
Rindu pada sentuhan listrik yang berkekalan .
Rindu pada kesungguhan yang membangkitkan
Rindu pada semarak jiwa yang berterbangan .
Kasihmu sememangnya infiniti padaku , bonda .
Sayangmu pula tak berbelah bahagi , ayahanda .
Ingatanku tak pernah berhenti ligat padamu , adinda

Takkan semangatjuang ku lumpuh
Takkan aku ingin di pertengahan jatuh .
Tunggu aku di kaki tangga , ya !
Aku pulang . Itu Pasti

III.Pernah

Pernah ,
Bila aku pejamkan mata .
Cuma paras kau yang terbayang
Deretan gigi bila kau diperli
Bila keliru kening meninggi
Dan sedikit janggut manis memikat hati

Pernah ,
Bila malam kamar di hujan air mata
Bila kau canang pada dunia
Ada gadis manis paras
Manis ulah manis kata
Manis di hatimu dan seluruh raga

Pernah ,
Aku terasa jauh bila kau dekat
Makin sakit dan terikat
Dalam hati rindu makin sendat
Dan aku akhirnya biar rasa itu tersesat

Susunan Tangan Dzulhelmi Mohd Isa

Kau

I.  Aku jadi melayu pabila terbayangkan
Kau
Kau si pencuri hati dari laluan masa
Kau pencuri jiwa bila kau tiada
Kau berlari tatkala aku berseorangan sahaja
Kau pergi bila aku tiada siapa siapa
Ya aku mengaku
Ianya memang kau

Meruntunya hati
Jatuhnya harga sebuah hati
Aku sememangnya terseksa apabila kau sudah tiada
Aku rindu kan tiupan semangat
Ianya ibarat penyengat
Bila kau tiada
Racun jadi racun
Tiada penawar , tiada yang menawar

Buatmu nenda yang sudah berjumpa Dia
Aku di atas bumi yang fana
Hanya Al-Fatihah mampuku baca
Doaku agar kau senantiasa bahagia
Terima kasih , kerana kau pernah bersama
Kaulah pinjaman Pencipta yang paling membahagia


II. Bunga atau sebaliknya

Jika ada pasu , mungkin sudah pecah
Jika ada belaan , mungkin sudah rebah
Jika ada ramai , mungkin berpecah belah
Ia sememangnya amarah

Amarah aku yang tersimpan sudah
Aku ingin sahaj jeritkan
Cinta itu palsu
Sayang itu tipu
Suka itu batu
Cuma batu tanpa rasa
Sayang itu tipu nista
Dan sayang itu palsu semata

Sepahit pahit semuanya
Kenyataan sememangnya paling berbahaya
Hendak ditelan menjerit
Hendak di hadam meraung sakit
Tapi aku pasti dengan kuasa Nya
Sememangnya aku percaya
Ada kafarah di sebalik satu perkara

Aku tadahkan tangan ku
Aku sedar semua itu dugaan Mu
Aku sekadar hamba Mu yang diduga sebegitu

Salam Peluk Cium Dari Kedua Kami .

You Might Also Like

0 Komen