Mungkin Sudah Lama

14:07:00

Kebanyakan yang berlalu lalang seperti angin
Cuma kebanyakan nya rasa teringin
Mungkin juga ada yang berfikiran dingin

Apa yang perlu kita harapkan lagi
Jika manusia yang berlalu cuma memerhati
Tidak akan ada satu pun yang bersimpati
Mungkin juga ada yang meludahkan iri hati
Ada juga yang menggelakkan
Ada juga yang cuba mengelakkan
Namun tak semua yang cuba menghulur tangan

Mustahil bukan jika ada
Satu kuasa yang berpaksi menunjuk drama
Soalnya , sampai bila mahu menjadi garam
Tetapi menyamar konon nya gula
Sampai bila mahu menipu kononya jus
Tetapi sebenarnya lebih pahit dari kopi
Sampai bila mahu duluan
Tetapi sebenarnya penikam sisi melalui keterbelakangan

Manusia , tidak akan ada yang mengaku
Dengan kata yang manis
Dengan kata yang jujur mengatakan
"Saya berpuas hati"

You Might Also Like

0 Komen