Lampu Gua Hati

05:04:00

Terbakar suisnya barangkali . Kata aku pada gua hati yang masih suci
Kelihatan nya , agar malap malap di belakang gua tersebut
Yang selama ini , cerah , terang benderang sejak hadirnya sang pemaisuri
Kalut aku seketika memikirkan suis dan litar mana yang memalapkam
Mungkin kerna perkara kecil .

Lalu , aku fikirkan , apalah salahnya mencuci sedikit dan jika perlu menukar
suis agar perubahan yang baik dapat dijadikan supaya gua itu sentiasa cerah benderang .
Ah susahkan kepala sahaja mahu memikirkan terlampau banyak perkara ma sedangkan sudah tahu
pelbagai sahaja jalan yang baik boleh dilakukan agar ianya menyala seperti lampu penerang yang lain .

Nah , percuma sahaja diserabutkan kepala . Adakah kau mahu permaisuri turun dari kerus taktha
dan memerangi telinga engkau banyak kali ?
Mahu kah kau dijentik jentik , dijerkah supaya semuanya dilakukan dengan kadar biasa . Aku kira
permaisuri cuma mahu bersama kau , walau gelap mahupun cerah . Seperti yang termaktub dalam janji
tangan kau dan tangan dia . Seperti ikrar yang kau dan dia sudah katakan sejak dia menakluk gua itu .
Mungkin kau sudah terlalu tua untuk menjadi muda di mata permaisuri itu .

Mungkin kau takut jika duduk diam di gua yang sekarang , kurang selesa jika kau nyalakan terlampau banyak lampu nya . Ah , fikiran bercelaru .

Tapi yang aku tahu , di dalam banyak banyak lampu , dialah penerang nya dan aku pasti dia tidak mahu ada yang mengganti tempatnya sebagai penerang yang menerangi keseluruh gua hati itu . Benar kah permaisuri ?

You Might Also Like

4 Komen