Selangkah Kaki Ke Umur Yang Membedakan

04:52:00

Hari ini , hari yang dinobatkan Mei sebagai hari ke 30 haribulan
Hari ini juga , pada 1990 yang lalu .
Tatkala Malaysia masih cuba untuk bersatu
Di situ dengan izin Allah SWT yang satu
Lahirnya seorang lagi hambanya dikalangan berjuta , mungkin berpuluh juta lagi pada hari itu .
Seorang darinya , yakni rezeki yang diberi oleh Nya kepada semua yang berkahwin
kepada pasangan mama dan abah ku , aku .

Bunyi unik , tapi aku pada kenyataan yang tempat aku tinggal lahir pada hari ini
Tidak menjadi apa , aku terima seadanya .
Aku redha dengan ketentuan ilahi memberikan aku seorang bidadari yang cantik
Seorang khalifah di bumi yang sangat cekal ketika mempertahankan tanah air tercinta

Dan pada tarikh yang ke 23 yang bersejarah ini
Aku panjatkan syukur pada Pencipta di antara langit dan bumi
Aku bersyukur kerana aku masih bernafas
Aku masih boleh melepaskan lelah dan berusaha memperbaiki
Aku ingin pintakan maaf atas khilaf
Aku ingin berusaha dengan lebih gigih
Dan lebih dari setapak ke hadapan dari diri yang ada sekarang

Aku akan berusaha
Untuk diri sendiri , keluarga , kawan dan kesayangan .
Untuk yang ke 23 kalinya , terima kasih kerana masih ada di belakang
Semoga rezeki ini tidak akan putus pada esoknya ,

You Might Also Like

0 Komen