#ToldlessTuesday : #Part1 #ENovel Kisah Lama Di Awangan

03:39:00


Hari itu , 22 November 2009 . Keadaan yang cerah di perkarangan bangunan asrama lelaki yang meriah dengan riuh rendah dan aksi aksi camwhore , yang anehnya .Kebanyakan yang berbuat begitu , lelaki . Digeleng geleng kepala sambil berdekah dekah Ash dan Zack . Agaknya baru kali pertama menjejak kaki ke asrama . Anak manja barangkali . Muncung itik .Peace kat tepi pipi . Mahu saja dijerkah tapi dibiarkan sahaja.
Tiba tiba , dari bawah , kedengaran riuh rendah suara perempuan . Aneh ! Pontianak di pagi hari menyundal ?
Ash turun menggunakan laluan biasa lalu diperhatikan di bawah ada sekumpulan manusia .
“Comelnya “ . Terkeluar dari mulut Ash selepas terpandangkan si gadis . Siapa agaknya minah ni ? Bagi seorang yang poyo , kusut , serabut dan selekeh . Lebih lebih lagi tentang diri dia yang susah betul nak terpikat dengan perempuan . Itu kali pertama dia melihat seorang yang mampu mendetik kan hatinya supaya berkata begitu .
Keegoan , keimanan nya sebagai seorang lelaki roboh bagai di redah badai berskala sembilan, ah , siapakah ? Tak pernah dilihat . Junior ? Senior barangkali .Mukanya mengingatkan kepada nenek nya di kampong .Lantas cuba diselidik  dari Zack. “Oh , dah ada boipren dah dia tu . Kau jangan nak mengorat . Tak dapat punya .Demand .Perasan lawa minah tu”  Zher secara pendeknya gadis tersebut  .Sememangnya dia pelik , lebih lebih lagi kerana yang menjaga kawasan itu bagi proses “check out” pelajar pelajar kerana cuti semester bakal bermula ialah pelajar perempuan .
“Ni tak lain tak bukan memang sah , tak ada kerja , warden lah yang hantar ni nak bagi bebudak laki senang turun “ getus hati nya . Ash masih memerhati zher dari jauh dengan penuh leka lantas duduk di tepi kerusi kerusi besi yang baru sahaja sampai dua malam kelmarin .Tiada respons . “Kaki melayan lelaki” adalah andaian paling cepat terkeluar dari minda nya .
Selesai sahaja proses tersebut , Ash memangku kesemua barang barangnya , kotak kecil,beg galas bersaiz beg ala ala tentera ,kasut ,semuanya diangkut untuk dihantar kembali ke “Rumah Manis Rumah” . Fikiran nya masih termangu , teringat kepada gadis tadi . “Ah apa nak dipeduli , awek orang ! “Dihidupkan enjin motornya dan dipecut terus .Perjalanan yang lama itu sudah biasa dilaluinya sejak pertama kali menjejakkan kaki di Kuala Lumpur sejak 2000 .
Bersambung..
P/S : Orang yang sebenar benar bahagia sebenarnya ialah orang yang tidak selalu berfikir tentang hal hal yang terbaik ,tetapi orang itu berusaha menjadikan hal hal yang berlaku di dalam kehidupan mereka menjadi hal yang terbaik

You Might Also Like

0 Komen