#ItsMonday : Ada apa dengan ... TUJUH ?

01:15:00


Ada apa dengan … Tujuh ?
TUJUH . Apa maksud tujuh kepada diri anda ? Apakah nilai tujuh kepada anda ? Kenapa mesti tujuh ? Bukan lapan , Sembilan ? Mereka lebih besar dari tujuh .
Adakah kerana selalu kena Toto, Magnum 4D , 6+1 Damchai ? Atau adakah kerana bila sebut tujuh , kita terasa “ Ah sedapnya mendengar tujuh” . Begitu?
Atau adakah kerana anda sukakan Ultraman Seven ? Ataupun kerana bunyinya gangster , gempaq baq hang ! Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri , apakah sebenarnya maksud dan tersirat dari angka tujuh .Ataupun sebab tigaline pakai tujuh sebagai angka yang melambangkan mereka ?
 Salah sama sekali . Kali ini apa yang cuba dirungkaikan tentang tujuh ialah tenntang keistimewaan angka tujuh itu yang sebenar benarnya..Mungkin kita pernah mendengar frasa “ Tujuh Petala Langit Tujuh Petala Bumi”
Mengikut Al-Quran , angka ini disebut kali pertama di dalam Surah Al – Baqarah “Dialah Allah , yang menjadikan sehala yang ada di bumi untuk kamu , dan Dia berkehendak menciptakan langit , dan dijadikan-Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu”
Jika dilihat dan disemak , dari Surah Al Baqarah hinggalah ke Surah an-Naba’ , angka tujuh ini disebut sebanyak tujuh puluh tujuh kali Ayat yang menyatakan tentang hari akhirat juga disebut sebanyak tujuh puluh tujuh kali ! Fakta yang paling penting , ibu segala doa iaitu Surah Al-Fatihah juga mengandungi tujuh ayat termasuklah bismillah ! Tujuh juga melambangkan takbir pertama solat sunat hari raya .Tujuh juga melambangkan tentang pintu syurga dan neraka yang telah diciptakan Allah SWT .
Fakta tentang dunia pula , dunia mempunyai tujuh hari dalam seminggu . Tujuh benua dan juga tujuh lautan kesemuanya .Jika membilang warna pelangi , ada tujuh semuanya kan ?!Jika anda belajar tentang kimia semasa di sekolah , berapakah nilai PH yang neutral yang tidak akan mengakibatkan apa apa kesan kepada manusia ? Tujuh juga bukan !

P/S : Allah menjadikan sesuatu perkara itu dengan kelebihan dan kekurangan nya yang tersendiri . Kita sebagai makhluk nya haruslah tunduk dan memahami apa itu erti kelebihan dan kekurangan itu

You Might Also Like

0 Komen