RM Seribu dan Smartphone

01:54:00


Assalamualaikum  semua  ! Ha ha ! Bau tak ? Betul la tu ! Duit korang hangus dek beli smartphone ! Hehe , jadi posting kali ini penulis tampil dengan kepelbagaian dan gadget menjadi antara keutamaan mata penulis pada tahun baru kali ini . Pada korang semua yang dah tahu pasal smartphone yang di beri rebate tahun 2013 ni (21-30 tahun jek) , mari kita usha usha sedikit lah tentang smartphone smartphone sasaran dan target harga market bagi smartphone yang diidam yang akhirnya boleh kita pegang di tangan kita sekarang .

Dekat Malaysia , kita ada beberapa label ataupun nama nama besar smartphone yang menjadi sasaran dan juga pemikat mata memandang . Jadi dalam posting kali ini , penulis sasarkan tiga jenama smartphone yang menjadi pilihan penulis .

Blackberry , Samsung , Sony Ericsoon dan HTC ialah antara nama nama besar di dalam pasaran telefon pintar Siapa yang tidak kenal dengan Blackberry , jenama besar Amerika yang mengeluarkan telefon pintar atas paten Nokia . Baru baru ini , Blackberry telah disaman oleh Nokia kerana telah melanggar syarat paten yang dipertengahkan oleh Nokia kepada Blackberry baru baru ini .

Antara model BB yang diperkatakan hebat bakal turun rega depa ialah Blackberry Curve 8520 2G ataupun dipanggil Curve 2 . Curve 2 telah lama berada di pasaran sejak 2009 di Malaysia . Biarpun mengalami penurunan jualan , namun BB Curve 2 dijangka dijual pada kadar RM550 – 470 . (After rebate : 270 )
2.46" screen  Blackberry OS 5.0 2MP camera,



Sebuah lagi model BB yang dijangka mendapat sambutan sempena  rebat smartphone pada kali ini ialah Blackberry Curve 9220 yang dijangka dijual di dalam pasaran pada kadar RM650 – 580 .
Didatangkan dengan 2.44 “ Screen , Blackberry 0S 7.1 dengan 2MP Camera bagi edisi lama dan 3.2MP Flash bagi edisi terbaharu .



Samsung Inc . Sebut saja nama , siapa yang tidak kenal ! Syarikat Samsung Inc juga salah satu syarikat yang telah di saman oleh Apple Inc. kerana telah melanggar syarat paten . Tak habis habis . Dengan gadget baru keluaran Samsung iaitu Samsung Galaxy Camera yang akan mula berada di pasaran Malaysia tahun ini . jadi berbalik pula kepada tajuk besar yang terpampang kat atas tu iaitu Smartphone , Samsung telah mengeluarkan pelbagai jenis Smartphone dan paling terbaru ialah Samsung Galaxy IV. Ala , yang lembik lembik screen dia tu !

Jadi , smartphone target yang boleh dibeli dek jenama Samsung ialah :

1.Samsung Champ II C333
Dilengkapi dengan pemain radio , mp3 , aac dan juga support video berbentuk mp4 dan .3gp untuk video serta Bluetooth 3.0 . Harga pasaran yang dijangka pada tahun  2013 sekitar RM260 - 210



2.Samsung Galaxy Y
Samsung Galaxy Y adalah smartphone yang menggunakan OS Android Gingerbread aka si roti halia 2.3.5.1 dengan Camera 2MP dan juga dilengkapi dengan KIES CD sebagai pengantara bagi penghantaran file dan juga penukar video .Harga Y dijangka turun sehingga RM30 iaitu antara RM390 – RM360 dengan memory card 2GB dan juga earphone .


3.Samsung Galaxy Y Duos S6102
Samsung Galaxy Y Duos adalah smartphone yang berasal dari siri Y yang juga menggunakan OS Android Gingerbread aka si roti halia 2.3.5 dengan kamera yang lebih tajam iaitu 3MP dan juga dilengkapi dengan KIES CD sebagai pengantara bagi penghantaran file dan juga penukar video .Harga Y dijangka turun sehingga RM20 iaitu antara RM490 – RM440 dengan memory card 2GB dan juga earphone . Perbezaan antara Y dan Y Duos ialah Duos boleh menggunakan 2 simcard pada satu masa juga skrin yang lebih panjang iaitu 3.14” berbanding Y iaitu 3”.


4.Samsung Galaxy Y Hello Kitty Edition
 Samsung Galaxy Y adalah smartphone yang menggunakan OS Android Gingerbread aka si roti halia 2.3.5.1 dengan Camera 2MP dan juga dilengkapi dengan KIES CD sebagai pengantara bagi penghantaran file dan juga penukar video . Harga pasaran terhad . RM418 – RM410 dengan memory card 2GB dan juga earphone .

5.Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Chat adalah satu handphone bukan sentuh (touch screen) dan menggunakan qwerty phonepad dengan menggunakan Jelly Bean (Android 4.0) dengan RM490 – RM460 .Dengan kamera 2MP , handphone ini dikatakan mampu mencabar edisi edisi handphone qwerty phonepad keluaran Blackberry .


6.Samsung Galaxy Mini 2nd Edition
Sebelum ini , Samsung pernah mengeluarkan Samsung Galaxy Mini dan ia berjaya menembusi pasaran Malaysia dengan jayanya . Kali ini , Samsung Galaxy Mini II telah dikeluarkan . Dengan skrin paparan 3.27 inci dan Android 2.3.6 , ia dilihat lebih menarik berbading edisi lama dan juga dilengkapi kamera 3MP .

7.Samsung Corby II
Hehe , jadi smartphone terakhir yang disentuh oleh penulis ialah Samsung Corby II. Samsung Corby adalah edisi terbaharu dan lebih hap tu det dari edisi Corby yang lama .Sama seperti Samsung Champ II , smartphone ini dilengkapi dengan pemain radio , video dan mp3 dan kamera 2MP



Okay , jenama terakhir yang dipertengahkan dan dibulatkan mata oleh penulis ialah HTC . HTC adalah syarikat pengeluar telefon pintar yang kita serba tahu ialah pesaing terdekat kepada Samsung dan jugak Apple .Dengan badan telefon dan juga menggunakan Android sebagai Operating System bagi telefon mereka , HTC adalah antara syarikat yang mengeluarkan telefon pintar bersaiz besar selepas Sony Ericsoon.
HTC Explorer A301e , HTC Wildfire S A510E adalah antara smartphone yang bakal menjadikan pasaran smartphone di Malaysia lebih panas ! Dengan kamera 3.2MP dan 5 MP bagi model kedua yang disebut , dan mempunyai OS Android Gingerbread 2.3 , smartphone ini mempunyai potensi bagi penjualan menggunakan rebat kali ini .

Jadi , apa anda tunggu lagi . Daftarlah di Daftar Rebat Smartphone 1 Malaysia sekarang !

You Might Also Like

0 Komen