2013 , Tahun Baru Yang Menjanjikan

02:50:00

     Assalamualaikum dan Salam Blogger diucapkan kepada semua warga blogger dan warga warga Twitterjaya seluruhnya . Diharapkan semoga para pembaca sihat selalu . Sekali lagi kita menempuh masa dimana 2012 meninggalkan kita . Amalan dan dosa yang terkumpul menjadi banyak atau sikit , itu terpulang kepada kita sebagai seorang hamba Allah .
  Buat permulaan , nampaknya 2013 amatlah menjanjikan penulis pelbagai perkara yang insyallah bakal memberi manfaat dan pelbagai kemudahan khususnya buat bakal graduan seperti saya , 2013 dilihat sebagai satu medan eksesais bagi memancing undi rakyat , dan juga medan bagi penulis merehatkan dan menguatkan sepenuhnya azam bagi pelancaran rasmi ZD (ZulDesign) Online Blog yanng bakal kembali .

Jadi bagi menyingkap Malaysia bermula 1 Jan 2013 ini  mari kita lihat apa antara yang tersaji buat kita rakyat Malaysia !

BRIM atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia telah mula diperkenalkan pada tahun 2011 bagi membantu isirumah yang bependapatan rendah iaitu Rm3k dan ke bawah . Dan pada kali ini , DS Najib telah mengumumkan bahawa peruntukan telah ditambah pada belia yang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang dari RM2k mendapat RM250 . 

 Bagi para penghutang tegar PTPTN pula , diskaun telah diatur kepada mereka supaya membayar balik pinjaman dengan diskaun sebanyak 20% dan 10% bagi bayaran konsisten .




KADS1M atau Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia mula diperkenalkan bagi membantu golongan pelajar khususnya di IPT di seluruh Malaysia bagi meringankan beban para pelajar supaya dapat membeli barang keperluan dengan lebih mudah . Dengar cite , kepsi pun boleh ! pergh

   2013 juga memberi lembaran baru dan pelbagai perkhabaran gembira khususnya dari pihak kerajaan Malaysia yang dilihat cuba mengurangkan beban rakyat dengan pelbagai insentif bagi membantu menaikkan taraf hidup rakyat Malaysia .Jadi , di bawah program NBI , pihak kerajaan telah memberikan rebate sebanyak RM200 bagi pembelian smartphone bagi smartphone yang berharga cuma RM500 dan ke bawah.
 Disini disediakan senarai bagi harga smartphone semasa yang boleh dimiliki bagi penggunaan rebate tersebut

Smartphone list
1. Sony Ericsson Xperia X10 Mini - RM470
2. Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro - RM499
3. CSL Mi300 - RM499
4. Sony Ericsson Xperia X8 - RM499
5. Samsung Galaxy 5 - RM499
6. Samsung Galaxy Y - RM370 - 399
7. Samsung Galaxy Y Duos - RM430(Limited)
8. Samsung Galaxy Chat - RM499

You Might Also Like

0 Komen