Penutup Tirai Masihi Yang Kian Menginjak

06:13:00

   Assalamualaikum semua . Hai masih ingat si penulis ni ? Masih kah kau ingat tika kau baca nukilan ini , masa kian berlalu menginjak dan makin mentuakan kita . Tapi adakah pemikiran kita juga makin "tua" tatkala  kita bernafas dengan nafas dan setiap nafas yang wajib disyukuri ini ? Adakah kita di tapuk lama atau , sudah bersediakah kita berubah ke arah lebih baik ? Semua itu sebenarnya harus difikirkan setiap kali , setiap minit dalam kehidupan seharian .
  Semalam ialah semalam . Dan esok , berusaha menjanjikan sesuatu yang kita sendiri tidak dapat mengagak , apatah lagi meramalkan apa yang bakal berlaku . Sempena 21 Disember 2012 , yang kononnya mengikut kalendar Mayan bakal merekodkan kejadian pelik pada hari ini , sepatutnya kita takut dan sedar , bahawa kiamat itu pasti. Tapi apa yang pasti kita sebagai hamba Allah tidak patut mempercayai cerita karut sebegini . Cukuplah sekadar kita percaya pada hari akhirat seperti terkandung di dalam rukun Iman

Jadi apa yang terjadi sebenarnya selepas sebulan lebih yang lalu ? 11.11.12 . Tarikh yang amat menyedihkan dan amat menguji iman diri . Penulis ditimpa kemalangan kali kedua yang menyebabkan pendarahan dan patah di bahagian kaki kanan . Kejadian ini yang direkodkan berlaku di Persimpangan masuk Ipoh (U) kerana hujan lebat . Penulis berhadapan dengan risiko tinggi kerana terpaksa menangguhkan urusan urusan dan terpaksa menangguhkan praktikal !

 Tapi itu semua diterima dengan redha hendaknya kerana ini semua ujian dan mungkin juga kafarah dosa silam . Ingat ! Allah mampu dan berkuasa ke atas hamba Nya.Penulis sebenarnya dalam perjalanan ke walimatul urus kakak dan abang Blogger Perak / Kami Blogger Utagha yang mengambil tempat di Ipoh  selepas menjawab peperiksaan akhir tahun semester 5 . Alhamdulillah kerana penulis berjaya meloloskan diri dari tahanan "repeat paper" biarpun kejatuhan yang melampau .

Jadi harapan penulis pada tahun yang bakal menjelang iaitu 2013 . Wishlist tersedia . Kertas plan sudah ditampal . Saya sudah bersedia berjuang mempertahankan azam dan meneruskan usaha untuk pergi lebih jauh .

You Might Also Like

0 Komen