Kisah Cinta Terperit Lagi Bahagian V

22:46:00

Sudah tidak ada kisah duka mahu dikongsi . Sudah terhenti segala bingkisan kesedihan . Kisah kisah lama yang hanya menghiris setiap cebisan hati yang sentiasa berdarah . Kisah yang masih sepi dibeban kisah kisah lampau yang sejenak terfikir di kepala

          Akhirnya ia hanya berlalu pergi . Berlalu dan terus pergi memungkirkan segala perkara . Ternyata , hawa hanyalah sang penipu difikiran nya . Ternyata juga mereka merosak hidup , menjatuhkan reputasi . Sesungguhnya merekalah perosak hidup , penguat nafsu nafsu yang hanya sebenarnya satu . Utuhnya seorang Adam tanpa Hawa disisi ,Mengapa ini yang dikecewakan tatkala semuanya berlalu ?

Agar Adam sedar tak semuanya baik belaka biarpun kelihatan suci .
Agar Adam peduli tak semuanya wangi ketika berada di luar
Agar Adam mengetahui "cinta" ialah satu permainan mulut si Hawa
Agar Adam mengerti , sayang , ucapan kasih , hanyalah dorongan bagi mereka menyenangkan hidup
Agar Adam memahami apa itu erti mencari yang diizinkan Allah .

  Aku mengakui , ianya kesalahan aku mencari cinta yang tidak terizin . Ianya hanyalah naluri manusia ku yang mencari sebentuk kasih sayang . Lumrah kehidupan keterjatuhan yang aku tidak pernah rasai . Tapi sebagai seorang Adam juga , aku dambakan kasih sayang Hawa .

Aku coret dan pahatkan kedukaan ini tatkala kisah yang baru bermula , dengan aku cuba berdiri menongkah arus keseorangan . Aku letakkan semula semua serpihan hatiku ditempat permulaan . Aku tidak mahu peduli lagi akan apa yang akan ada dibelakang . Aku ingin mulakan semula diri lamaku yang aku amat rindui

P/S : Harap maaf atas keterlewatan posting . Penulis baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian tulanng kering kaki kanan dan menyebabkan kepayahan mengisi slot dan memperbaharui isi isi sebelum Tahun Baru Masihi dan Tahun Hijrah bermula . Semoga di tahun yang mendatang , Saya amat berharap dan berdoa yang terbaik kepada semua . Hasil nukilan khas , dari atas sebuah kerusi roda . Zul

You Might Also Like

0 Komen