Kisah Luka Terperit Lagi Bahagian IV

12:33:00

Lantas dikemudi kenderaan yang dipandunya , hingga hampir melanggar tembok jalan , lantas dia tersedar , itu hanyalah satu perkara yang paling bodoh untuk dilakukan .
Apa salah kereta itu ? Adakah dia yang menipu dirinya , mahu dihempas , direnyuk , remukkan ? Apakah salah ia ? Lantas lelaki itu berhenti di persimpangan jalan itu , menangis tiada henti ,mungkin tidak lama , namun lelaki itu terus memikirkan nya , apa yang perempuan itu dah buat pada nya sampai terasukan sebegini rupa ? AH !

Sesungguhnya doa orang yang teraniaya pasti makbul . Itu yang dipegangnya .Allah telah memberi lelaki itu peluang bercerita .Syahir , orang yang penting dalam hidupnya , pulang . Bersama kekecewaan ke atas perempuan , dikongsinya cerita duka nya . Sesungguhnya dia sahabat terbaik . Tatkala aku berduka , diberinya sahabat sejati . Sahabat semenjak berpindah ke semenanjung yang penuh pancaroba kehidupan moden lagi membangun itu memberi kata semangat tatkala dia masih berduka kerana seorang wanita juga .

ALLAH SWT menguji manusia dengan ujian yang boleh dihadapi oleh hamba Nya . Kerana Allah bersifat maha penyayang . Jika tiada kesusahan , manusia tidak akan mengenal erti kehidupan .

Sekembalinya dia ke halaman rumah , terdetik suatu ketika di sudut hatinya , ini semua kerana dugaan .Mungkin kematangan belum hadir ketika saat ini .Tetapi , malam itu , ia tetap berakhir dengan linangan air mata . Seperti malam malam sebelumnya , titisan air mata bergenang . Sungguh dia terasa hina kerana penghinaan ini diberikan kepada seseorang yang berpegang pada kata setia .

sedangkan kucing lagikan setia , inikan pula , manusia .


Terus menerus , pagi itu dihadiahkan dengan sebuah nafas segar , yang cuba digapai lelaki itu .
Permulaaan kehidupan baru bernama perjuangan demi kasih sayang sejati akan senantiasa diteruskan . Seperti kebiasaan , membuka lembaran baru . Menghadap komputer riba hitam , membuka paparan aplikasi Blackberry . Sedih ? Mungkin . 
Kerana terpaksa berlakon sejak dari semester terawal . 
Tapi , kesyukuran kerana amanah mama yang ku junjung masih boleh diselamatkan .


Sambungan Bahagian V


P/S : Ada suatu detik ketika , kita jatuh , jatuh tetapi akan ada suatu saat , kebangkitan yang hadir akibat amanah , janji dan kesetiaan membuatkan kita kuat , biarpun ,  terlambat untuk dipegang .


You Might Also Like

1 Komen