Sebuah Kisah Lalu

09:02:00

Dimulakan dengan 9 September 2012.
Dia tersenyum hambar melihat orang yang disayanginya bergelak ketawa dengan seorang lelaki penuh gaya. Suatu hari dia pernah bercinta dengan gadis yang sama. Comel , bijaksana , serta pandai bergaya. Suatu hari dulu dia pernah berasa bangga berdiri sebelah dia , wanita yang sangat baik dan kuat atas kesabaran. Nampaknya kini tempatnya telah diganti oleh lelaki yang lain pula. Sangat padan
dengan gadis yang pernah dicintainya.
Semuanya berakhir kini. Dia rugi besar rupanya. Gadis yang baik itu meninggalkannya begitu sahaja.Hidupnya sekarang , haru biru kerana semuanya. Baru beberapa hari putus , gadis itu kembali kepada orang lama.Dia telah lama sedar akan hakikat itu. Dia telah lama sedar yang dia sebenarnya hanya dipergunakan. Kini hatinya lebih sakit , gadis yang pernah mencuri hatinya , telah berpunya. Dengar-dengar cerita dia sebenarnya telah lama dicuri hatinya . Dan lelaki itu tersandar kerana lelaki yang memilikinya itulah yang mengatakan dia akan berbuat jahat pada gadis itu andai dia menghantarnya pulang pada hari terakhir lelaki itu ingin berjumoanya.Dan sahabat gadis itu pula mengatakan yang lelaki itu hanya akan menyusahkan gadis itu.Dan lelaki yang berpenyakit itu terus berdoa agar gadis itu bahagia biarpun jiwanya sakit , hatinya terlampau berparut akibat ditipu . Lelaki itu hanya menunggu detik Allah memanggilnya .

Sehingga sekarang , hampir sebulan , pada hari mereka sepatutnya menyambut ulangtahun bersama ,lelaki tersebut terus menderita.



You Might Also Like

0 Komen